Rakan2 Yang Dihargai...

Wednesday, June 18, 2014

ReSePi CHeeZy CHeeSe WeDGeS HoMeMaDE




Assalamualaikum…hari ni nak share resepi homemade cheezy cheese wedges… sedap pun sedap…janji air tangan kita sendiri kan…meh la kita tgk resepi yg paling simple ni…mudah sgt nak sedia…



Cheezy Cheese Wedges
Resepi  :- fiza-sham.blogspot.com
Sumber :- Buku resepi,Aleen Aireish

Bahan-Bahan :-

3-4 sudu makan butter
250ml susu cair @ susu segar
1 sudu makan tepung gandum
1 kiub pati ayam
6 keping cheddar cheese
Sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara :-

Panaskan butter hingga cair…masukkan susu cair…masukkan tepung kacau hingga larut dan x berketul…last sekali masukkan kiub ayam…cheese dan serbuk lada….dan jgn lupa pewarna sikit….kacau sebati…dah siap….blh makan dgn kentang…dgn ayam goreng…dgn nugget…apa sajalah yang korang suka yer…he he he


Kentang Wedges

Bahan-Bahan :-

5 biji kentang potong wedges
Serbuk kari
Sedikit garam
Sedik lada sulah
Sedikit tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :-

Kentang di potong wedges…gaul dengan serbuk kari…garam….lada…dan tepung gandum….bahan2 ni fiza main agak2 jer yer…pastu goreng…siap…










Monday, June 16, 2014

SoToNG MaSaK JiNTaN




Assalamualaikum...kali ni nak share resepi sotong masak jintan...sedap sgt...asal resepi ni dari Zalieda Zaliedana....dai menggunakan daging tapi fiza tukar ke sotong....sedap sgt...pernah makan sekali kat kedai tp dah lupa kedai mana...sbb tu la fiza cuba sotong....cuba la x rugi mmg sedap...fiza n famili makan pedas so fiza buat bg pedas sikit....wah terangkat u....he he he...jom kita layan resepi dia pulak....

Sotong Masak Jintan

Sumber : Zalieda Zaliedana (FB)
Resepi  :  fiza-sham.blogspot.com

Bahan-bahan A :-
7 ekor sotong
1 sudu teh jintan manis biji
1 sudu teh jintan putih biji
1 /2 sudu teh lada hitam biji
1 sudu teh ketumbar biji
Cili padi ikut suka (lagi pedas lagi best he he he)
2 ulas bawang putih
½ biji bawang besar
1 inci halia


Bahan-bahan B :-

1 biji cili merah dipotong
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
2 sudu minyak masak utk menumis
Sedikit cuka
Sedikit kicap
Sedikit sos tiram
Garam + perasa secukupnya

Cara-Cara :-

Tumis bahan A sampai garing dan naik bau,masukkan sotong dan semua bahan….masak dgn api yang perlahan hingga sotong masak….boleh dihidang dgn nasi panas2…perghhh…terangkat…he he he



Friday, June 13, 2014

AnaK ArNAb BaRu LahiR

Assalamualaikum….mai nak tayang gambaq anak arnab yg baru ja lahir 2 hari yang lalu….iaitu hari ahad (8hb June 2014) yg lepaih….tp kali ni ibu arnab tu beranak sekoq ja…ada tompok hitam kat kepala….lega la si anak arnab ni sbb sekoq saja x payah nak berebut susu…fiza tgk perut dia bulat cam nak meletop…bulat ja….meh la layan gambaq….





















Thursday, June 12, 2014

AnaK aRNaB DaH 2 BuLaN DaH

Assalamualaikum…kali ni nak share gambar anak rabbit yg lahir 10hb April lepas….dah 2 bulan lebih dah…comei sgt geram sgt….cam nak penyet2 je…meh kita layan gambaq2 comei si anak rabbit ni…Adriana sibuk nak bg nama…dok tanya nak boh nama apa…fiza pun x blh nak pikiaq nak letak nama apa….pening palo den....huhuhu



























Wednesday, June 11, 2014

RoTi MaNiS

Assalamualaikum….hari ni mood rajin sikit….fiza buat roti…satu adunan 3 jenis roti….mmg sedap…lembut ja….resepi ni fiza ambik dari chef Khairi Mansor dr FB….blh la cuba resepi ni yer,….














 Roti Manis

Sumber :- Chef  Khairi Mansor

500gm tpg gandum high protin
75 gm gula kastor
10gm garam
20 gm susu serbuk
6gm yis
5gm bread improver (jika suka)
2 biji kuning telur gred ‘C’ (fiza letak sebijik ja sbb x cukup)huhuhu
60 gm butter
250gm air sejuk dingin (fiza campur dgn ais ketul)

Cara-cara :-

Campur semua bahan dan uli hingga elastic
Rehat doh dlm 15 minit
Bentuk doh mengikut kreativiti masing2
Kembangkan roti yg di bentuk sehingga naik 2 – 3 kali ganda
Bakar dgn suhu 190c sehingga masak…anggaran dlm 15 hingga 20 minit




Tuesday, June 10, 2014

UdaNG MaSaK MaMaK StyLe



Assalamualaikum...kali ni fiza mood rajin sikit...ni nak hapdet menu masakkan yg dah lama jd baja kumbahan...he he he...xceli lama dah masak udang ni cuma malas nak hapdet je...udang ni rasa dia sebijik cam kat kedai mamak..blh try...mmg sedap sgt...resepi ni fiza lupa ambik kat mana...mintak halal yer tuan empunya resepi....minta ampun byk2 sbb lupa kat mana fiza ambik resepi ni...jom kita belek resepinya....


Udang Masak Mamak Style

Resepi :- fiza-sham.blogspot.com

Bahan-bahan :-

  • 1 kilo udang 
  • 2 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 1 biji bawang besar – cincang
  • 1 biji bawang putih - cincang
  • 1 cm halia muda - tumbuk
  • 1 batang serai - di ketuk
  • 1/2 cawan air/stok ikan
  • 1 susu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan - saya letak 2 sudu besar
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 senduk gulai cili kisar
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 helai daun pandan
  • Garam,
  • gula
  • serbuk lada sulah


Cara-cara:-

  • Perapkan udang dgn garam, serbuk lada sulah & jus limau untuk seketika. Panaskan minyak, goreng udang hingga masak, ketepikan. Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, daun pandan, daun kari hingga naik bau. Masukkan bawang putih, halia, serai, serbuk kari & cili kisar, goreng seketika. Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, stok ikan, garam, gula secukup rasa, gaul sebati. Last, masukkan udang, balik2 kan & tutup api.



CuTi cuTi MaLaYsiA

Assalamualaikum....kali ni saja nak tayang gambo jer....gambaq kami pi KL baru2 ni sempena cuti sekolah....saja bawak anak2 jalan2....bawak depa pi Petrosains KLCC...pi Berjaya Times Square Theme Park....budak2 yg seronok...tp fiza ni x larat nak jalan...lotih den...huhuhu....