Rakan2 Yang Dihargai...

Friday, April 18, 2014

KiSaH RaiN DaN TaM Si AnaK KuCiNG

Assalamualaikum….malam ni fiza rajin sikit nak hapdet blog…kali ni nak cerita pulak pasai anak kucing kesayangan anak fiza…nama kucing tu Rain dan Tam…depa ni baru ja kematian mak…mak si kucing ni kena belasah ngan anjing liar…kesian…masa fiza ambik bela tu x pandai makan lagi nak minum sendiri pun x pandai…terpaksa la beli botoi susu…susu kitten bg depa minum…kesian sgt…pastu kutu pulak byk…nak pegang pun geli…beli shampo dgn ubat kutu bg…hari2 fiza bg mandi…la ni kutu dah x dak…makan pun dah pandai…susu pun pandai minum sendiri…satu lagi perangai anak2 kucing ni suka sangat dok bertenggek atas akuarium ikan tau….geram sungguh…bila kita letak dia kat bawah kejap lagi naik balik…huish…geram sungguh tau ngan budak 2 ekoq tu…huhuhu…jom kita tgk gambaq comei Rain dgn Tam…



Adriana dgn kucing2nya....bawak naik basikal lagi...huhuhu




Rain...Tam ...Yaya dan Adriana...hihihi


Rain Dan Tam....baru lepas mandi....


Rain...


Tam...



Botol susu untuk Rain Dan Tam....comei ja...hihihi





Wednesday, April 16, 2014

RaBBiT BaRu BeRaNaK LaGi

comei sgt...x sabaq nak tunggu besar....hihihi


Assalamualaikum…selamat malam…baru boleh hapdet blog…kali ni nak citer pasal arnab baru…baru jer beli  04/04/14  untuk jd pasangan rabbit jantan yg baru jer kematian bini…hihihi….tp x sangka plak rabbit tu branak…x sampai seminggu dah branak…mungkin tgh preggy kot masa fiza beli tu….dia branak 10/04/2014…tp yg bestnya rabbit kali ni pandai sungguh jaga baby dia…sronok sgt…sbb kiki si rabbit yg mati tu x pandai jaga anak…x nak kasi susu….sedih…sob…sob…sob…

gambaq ni fiza snap pg td...kiranya dah 7hari dah anak2 rabbit ni...dah besaq dah...ada yg tompok2 hitam...geramnyaa...


Rabbit kali ni pandai…2 hari sebelum beranak tu fiza tengok dia dah gelisah dah….mula2 ingat kenapa la agaknya….rupa2nya dia nak buat sarang…malam sebelum dia beranak tu fiza dah nampak dia cabut bulu2 dia…nak buat sarang…fiza cuba letak tin biskut kot2 nanti dia beranak dlm tu…tp dia x nak….mungkin sbb tin tu kecik kot….dia tarik keluar kain yg fiza lapik kat dlm tin tu….pastu fiza letak periuk besaq yg dah bocor…nasib baik la dia mau buat sarang dlm tu…pg 10hb tu dia pun beranak….6 ekoq semuanya….comei sgt…fiza tgk mak rabbit ni rajin masuk bg anakk2 dia minum susu…sampai bulat2 perut tu…cam nak meletop ja…hihihi….oklah lain kali fiza hapdet lg….kita tgk plak bila si baby2 tu blh bukak mata….blh jln2…x sabaq la…he he he


tgk tu...masa ni semua dah kenyang...bulat2 ja perut tu....hihihi






Thursday, April 3, 2014

ReSePi SpaGHeTTi CaRBoNaRa

yg cucuk sosej tu fiza tgk kawan fb post...so kita cuba je la....

Assalamualaikum…..kali ni fiza nak share resepi spaghetti carbonara yg bg fiza mmg terbaik la…sbb yg ni kena dgn mulut fiza….kiranya ngam la…blh makan….he he he….oklah x mau la taip panjang lebo meh kita tgk resepinya….resepi ni fiza ambik kat blog resepi chef izyan….t.kasih kepada tuan empunya resepi chef izyan….jom kita intai bahan2 dia….

Resepi :- fiza-sham.blogspot.com

Bahan-bahan :-
  • 1/2 bungkus spaghetti
  • 1/2 biji bawang besar-potong dadu
  • 2 biji bawang putih-cincang halus @ parut
  • 250ml susu segar (boleh juga guna cream utk lbh creamy)
  • 750ml air atau lebih.
  • 1/2 mangkuk isi ayam potong dadu secukupnye – x letak
  • 1-2 ketul kiub pati ayam
  • 1 tin kecil cendawan butang - hiris nipis@cincang – x letak
  • 2 sudu besar butter
  • 1-2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk lada itam
  • 1 sudu teh daun parsley kering
  • sedikit oregano
  • sedikit garam
  • perisa
  • parmesan cheese atau sliced cheese-optional – fiza guna mozarella


 Cara-cara 

  • Panaskan butter kemudian tumis bawang besar & bawang putih bg layu sikit kemudian taruh cendawan serta isi ayam. tumis sekejap pastu masukkan tepung dan kacau cepat. Masukkan susu dan air serta kacau supaya tidak bergentel. Akhir sekali masukkan bahan2 lain .. kacau tanpa henti hingga cheese mencair dan sup menggelegak. siap dan boleh la dihidangkan bersama garlic bread,pasta atau lain2 pilihan – fiza letak cheese tu akhir sekali…biar cair kejap baru fiza tutup api….cuba la mmg terbaik dr lading…he he he…Thank Chef Izyan….




Wednesday, April 2, 2014

SpaGHeTTi CaRBoNaRa DaN PiZZa LaGi...GaMBaR aJe !!!

Assalamualaikum….kali ni fiza cuma nak share gambar pizza dan spagetti carbonara yang fiza buat….nak hapdet blog x sempat….xceli malaih sebenaqnya….nak kena buka lappy nak kena cucuk2 broadband bagai…huhuhu…alasan yang x munasarawak munasabah langsung…ha ha ha….oklah…meh kita jamu mata tgk gambaq2 makanan ni….he he he




Carbonara...nanti fiza share dia punya resepi...mmg terbaiklah...hihihi



ni projek spagetti yg fiza buat...dpt ilham dr rakan FB....



yg ni pun tgk dlm FB jugak...ni sblm dibakar....tunggu tgk lepas kena bako...he he he



 tgk...apa sudah jadi selepas dibako...huhuhu



 sejak2 beli Bread Maker ni keja nak mempizza ja....


pizza lg....yg ni fiza malas sgt nak bahagi 2 fiza buat 1 large pizza....tp Alhamdulillah...habih gak...he he he


yg ni fiza baru jer  beli....masa gi beli tu ingatkan 1 blk tu setakat 2.5kg ja mcm yg fiza beli mozarella tu...tp skali 5 kg da....jenuh la nak menghabiskan cheese ni...huhuhu








Wednesday, March 5, 2014

KiKi Si IBu ArNaB MaTi MeNGeJuT

Gambar bawah ni masa mula2 fiza beli Kiki...yg atas tu gambar Kiki pg tadi lepas beranak....sedihhhhnya

Assalamualaikum....N3 sedih kali ni....sebabnya Kiki si ibu arnab dah meninggal petang td...lebih kurang pukul 5 ptg lepas balik dr ambik anak fiza yg sulung tu dr tuisyen...tgk2 si Kiki ni tido lain mcm ja...cuba sapu2 badan tp x bergerak pun...pastu cuba angkat tp dah lembik...rasanya baru ja kot meninggal....x tahulah sebab apa yg meninggal...fiza rasa mungkin pendarahan lepas beranak kot...sbb pg td tgk kat bawah sangkar tu ada setompok darah...tp tgk kiki cam biasa ja...x de perubahan apa pun...sedih sgt....


Patut lah kelmarin si Kiki ni punyalah baik...siap bg fiza belai2 lagi...kalau x jgn harap nak blh pegang...dia sgt2 la aktif....nak tangkap cukup2 la susah...kalau biar dia main2 kat luar sangkar pastu nak tangkap balik masuk dlm sangkar punya la payah...jenuh juga la nak ligan...Kiki mati anak2 ok je...x sedih pun...yg sedih sgt fiza la...rasa cam susah hati sgt...cam nak nangis ja....haishhh...susah sungguh bila bela binatang peliharaan ni....baru la fiza tau perasaan adik ipaq masa kucing kesayangan dia mati....masa dia cakap tompok mati siap dgn nangis2 lg...dlm hati fiza terdetik la...x kan kucing mati pun nak nangis....sekarang baru tau perasaan tu...huhuhu....

RaBBiT BeRaNaK LaGi KaLi Ke 2

Kiki beranak lagi...

Assalamualaikum...kali ni fiza nak share pengalaman fiza tgk arnab yg dah beranak...beberapa bulan yg lepas arnab fiza ni dah beranak tp memandang si ibu dan si tuannya  x pandai menjaga anak2 arnab yg baru beranak tu anak2 arnab mati x sampai seminggu....sempat bertahan dlm 4 hari ja...pastu fiza bg kawen lagi arnab ni pada 15hb januari 2013...lebih kurang sebulan 10 hari arnab fiza beranak lagi...bangun pagi tadi masa nak pi hantaq anak pegi sekolah anak fiza yg no 2 tu ternampak anak arnab bawah tayar kereta...nasib baik la kucing x baham yg ni...kalau x habis arwah semua...yg lagi 3 ekor tu kucing sempat makan separuh badan sj sbb kepala anak arnab ni sangkut dekat jaring sangkar...

Kisahnya begini...pg td fiza dan suami rancang nak bawa si ibu arnab ni ke klinik sbb petang kelmarin tgk air liur dia meleleh ja...basah habih bulu...ingatkan sakit gigi ke hapa ka...rupa2nya dia sakit nak beranak....fiza pegang pun x bergerak...kalau tidak jgn harap la nak blh pegang dia...dia akan lari....tgk2 pg td dah beranak...kesian....hurm...lepas ni kena lebih prihatin lagi dgn gelagat si arnab ni...yg sedihnya anak arnab yg 3 ekor tu dah arwah…hurm….mungkin x de rezeki diaorg untuk hidup kot....

Monday, March 3, 2014

AyaM MaSaK KaRi PaKiSTaN KaK AMiE...PiZZa LaGi DaN LaGi...


pizza ni fiza buat untuk dinner...resepi dah letak dlm blog...guna resepi doh Che Mat Gebu...sedappp !!!



nampak ja merah tp x pedas pun....


Assalamualaikum dan selamat malam…baru sempat nak hapdet blog ni….kali ni fiza nak share resepi dari blog kak Amie's Little Kitchen…Ayam Masak Pakistan ni fiza buat tengah hari tadi...mmg sedap sgt…asben ngan anak2 punya la makan…sedap katanya….selalunya anak2 fiza ni kalau masak lain sikit payah sgt nak jamah…kali ni suka pulak…bertambah2 pulak makannya…..he he he…oklah meh kita tgk resepi dia…terima kasih kak Salami Simon dr Amie's Little Kitchen....t.kasih juga buat kak Maria Hakem rakan FB...sbb import jauh bebenor resepi tu...dr Cardiff...he he he...

Ayam Masak Kari Pakistan

Resepi:fiza-sham.blogspot.com
Sumber :Amie's Little Kitchen/ Kak Maria Hakem

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - potong ikut suka
4 biji bawang besar - cincang
4 biji tomato merah - cincang
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 cawan air
garam
1/2 cawan minyak
garam masala - jika suka (tak bubuh pun tidak apa - fiza x letak sbb x de)
hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan (x letak)

Cara2 :-)

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!)
5. Masukkan ayam dan gaul rata. 
6. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan garam (Amie tambah sedikit serbuk pati ayam).
7. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
8. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar. (x letak)




Saturday, March 1, 2014

PiZZa LaGi DaRi ChE MaT GeBu


Assalamualaikum….kali ni nak tayang pizza yg fiza buat untuk makan tengah hari tadi….resepi ni fiza ambik kat rumah CMG @ Tiffinbiru…kali ni mmg puas hati la resepi doh ni…mmg kena dgn mulut fiza…lembut sangat rotinya…insyaAllah lepas ni akan guna lagi resepi doh ni….kalau nak resepi asal blh la singgah kat blog CMG yer….Sini…oklah x nak taip panjang2 sila la ambik resepi kat bawah ni yer….






Pizza Gebu Dr Che Mat Gebu

Resepi :-fiza-sham.blogspot.com

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)

300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN-BAHAN PIZZA GEBU :-)


6 batang sosej ayam potong 2  belah tengah
4 hirisan gegelang red capsicum
4 hirisan gegelang green capsicum
175 g keju mozzarella di sagat
Sos tomato dalam botol secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
 
1.      UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.
2.    KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
3.    UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, bulatkan dlm 50g dan bulat2kan…susun atas dulang pembakar….Susun bahan untuk pizza atasnya dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran.

Thursday, February 27, 2014

RoTi SoSeJ



Assalamualaikumkali ni nak buat tayangan perdana...he he he...roti sosej yg fiza buat utk makan2 ptg kelmarin...resepi roti ni fiza ambik dr Pn.Isma Maisarah dr Geng Kelab Roti...mmg lembut sgt...dia guna teknik spounge dough....mmg berbaloi2 kalau mencubanya....oklah kat bawah ni fiza taip resepinya yer....

Roti SoSej Teknik Spounge Dough

Resepi    :- fiza-sham.blogspot.com
Sumber :- Pn. Isma Maisarah

Water Roux

* 2 sudu besar tepun HP @ gandum
* 125 ml air

Satukan semua bahan dan masak atas api yg kecil...kacau sentiasa agar x berketul...biarkan sejuk selama 2 jam...

Spounge Dough

*150gm tpg HP @ gandum
*1 sudu besar gula
*3gm yis
*90 ml air

uli semua bahan sehingga menjadi doh dan simpan dlm peti sejuk selama 2 jam.

Dough Biasa

*100gm tpg HP @ gandum
*2 sudu besar susu tepung
*4 sudu besar gula
*1 biji kuning telur
*2 sudu besar marjerin

Satukan water roux dan spounge dough serta bahan2 untuk doh biasa dalam satu bekas kecuali marjerin...uli hingga menjadi doh...bila dough dah sebati baru masukkan marjerin...uli sampai doh menjadi elastik...atau doh boleh ditarik nipis...bila nak bentukkan doh tu sapu sedikit minyak pada tapak tangan supaya doh x melekat...pastu blh la di bakar dlm oven lebih kurang 10 hingga 15 minit...ikut oven masing2 ye...suhu lebih kurang 175c....selamat mencuba ye...

Friday, February 21, 2014

ProJek TeRBaRu !!!

Assalamualaikum....lamanya fiza x hapdet blog...bukan x dak citer....bykkkkk sgtttt tp fiza malas nak taip....ni mai angin rajin sikit sbb tu  yg berhapdet ni....he he he....Ahad lepas fiza beli lg sepasang anak arnab....arnab yg fiza beli 5 ke 6 bln lepas dah jd dewasa....anak2 fiza x mau main plak...nak yg baby....beli lg sepasang....kali ni beli baka teddy bear plak....comei sgt....geram sgt...comeiiii.....bulan 12 lepas arnab fiza yg dewasa tu beranak 4 ekor....2 ekor hidup 2 mati....tp anak arnab yg hidup 2 ekor tu sempat hidup 4 hari ja....sbb si ibu x nak bg susu....cuma sempat bg susu 2 hari saja....hari ketiga tu si ibu cam marah sgt kalau tgk fiza...siap gigit2 tgn kita lg.....pastu beli kitten milk bg tp mungkin x serasi kot....diaorg pun mengikut jejak langkah adik beradik dia yg lain tu.....sedih sgt !!! la ni beli lagi anak rabbit sepasang.....comei sgttt...he he he

Tgk tu...mata pun x nampak...hihihi

Projek yg ke 2 pulak fiza beli BM....Bread Maker....lama dah mengidam nak beli....pusing satu bayan baru kedai barangan elektrik x jumpa BM ni....last2 sekali jumpa kat harvey norman....tu pun ada yg diaorang display ja....kena order tunggu lepas 2 minggu baru barang sampai....sbb masa tu time raya cina so lori pun bercuti....dah dpt BM ni ni jd x sabar pulak nak meroti....x sabar nak buat pizza....bestnya....akhirnya tercipta juga pizza untuk anak2 sarapan pagi sblm ke sekolah...alhamdulillah.....


 Inilah BM366 dr kenwood...fiza mengidam BM450 tp x dak...dpt yg ni...=)



Cheese 2.5kg untuk berpizza...he he he


pizza pertama menggunakan BM366...


Pizza ke 2....





Monday, October 14, 2013

SeLaMaT HaRi RaYa EduL AdHa




Assalamualaikum...lamanya fiza x hapdet blog ni...malas  sgt2...resepi byk yg tertunggak....malas nak upload...malas nak taip...tapi fiza selalu juga jenjalan kat blog kawan2...sekejap saja yer nak raya...rasa cam baru jer lepas raya dah nak raya pulak...he he he...tp raya haji ni x dak prepare apa pun sbb fiza balik raya kat kg...malam ni adik beradik fiza semua buat BBQ kambing bakaq...he he he...sedapnya....tapi malam ni baru boleh bertolak balik Kedah...sekarang ni masih lagi kat Penang sebab suami fiza keja lagi....

Hari ni 14 Oct 2013 adalah hari umat Islam wukuf di Arafah...kita ni sbg umat islam di sunatkan berpuasa...Alhamdulillah...fiza sekeluarga berpuasa hari ni...x termasuk si kecik tu...syukur sgt sbb Allah bg kekuatan kat kami menunaikan puasa sunat ni....fiza dah x tahu nak taip apa dah kat sini....last sekali fiza nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.... DAN... SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH QURBAN....(^^,)


Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.



Tuesday, May 21, 2013

ReSePi KeRaBu JaNTuNG PiSaNG N TaUGeH





Assalamualaikum…selamat malam…malam2 baru sempat nak hapdet blog….hari ni nak tayang menu hari ni…hari ni fiza buat kerabu sijantung pisang dgn tauge…jantung pisang ni pemberian Sultan…ha main2 Sultan u…he he he…pak cik ni nama dia Sultan…dia ni dok juai pisang…hari tu dia mai hantaq pisang kat fiza…dia tanya la nak tak jantung pisang ni dia nak sedekah…hurm kami pun apa lagi kalau pree ni mmg laju ja…ha ha ha…kerabu ni atas request mak mentua la nak makan kerabu fiza buat…isk…cam la sedap sgt menantu ni buat…ha ha ha…x pa la..atas permintaan mak mentua yg teringin nak makan fiza pun buat la pg tadi…dah nak kecut dah tu yg terpaksa buat juga pagi tadi…ha ha ha….hurm..apa pun jadi juga la kerabu jantung pisang ni pg tadi…asben ai kata sedap…kak fiza selalu kata…kalau masak apa jgn bg asben fiza rasa sbb asben fiza akan cakap sedap memanjang…ha ha ha…x kira la sedap ke x mmg asben akan cakap sedap…so kalau masak sedap ke x sedap ke asben tetap puji kata sedap….ha ha ha…hurm…meh la layan resepi kerabu ni….




Kerabu Jantung Pisang Dan Taugeh

Resepi :- fiza-sham.blogspot.com

Bahan2 :-


  • 1 biji jantung pisang
  • taugeh ~ agak2 lah yer sbb tukang beli x tgk gram...he he he
  • 30 biji cili padi***
  • 2 labu bawang besar***
  • 5 biji bawang merah***
  • 5 ulas bawang putih ***
  • 5 biji cili hidup ~ cili yg besar tu...(^__^)***
  • 1 keping belacan***
  • 3 s/b kerisik
  • 2 s/b santan pekat
  • 1/2 biji lemon
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk perasa 
Cara penyediaanya :-

Celur jantung pisang dan taugeh hingga layu...angkat n perah sampai x de air yer...ketepikan kejap....Kisar bahan bertanda *** hingga halus tapi kalau tumbuk lagi sedap...memandangkan fiza ni nak cepat ja maka mesin ler jawabnya....kemudian masukkan bahan2 kisar tadi ke dlm mangkuk besar bersama2 dgn jantung pisang n taugeh...kerisik...perahan lemon...garam... pak aji letak sikit ja...x nak letak pun x pa......n akhir sekali masukkan santan pekat...gaul sebati...siap...boleh la dihidang...kalau x nak makan lagi silalah masukkan dlm peti ais yer sbb kerabu ni suka basi kalau letak kat luar  lama2....ok selamat mencuba ya....