Rakan2 Yang Dihargai...

Tuesday, March 26, 2013

ReSePi BeNGkaNG UbI KaYu SeDaP DaRi DaPuR SaRaNuR74

Assalamualaikum…Selamat petang…kali ni fiza nak tayang gambar bengkang ubi kayu yang fiza buat hari ahad lepas…dah selamat jadi santapan dah… hurm…bengkang ni fiza tgk blog SaraNur74 yang buat..kebetulan mmg tgh mengidam nak makan bengkang ubi kayu ni…dah lama cari…tapi x jumpa yang betoi2 menepati citarasa anak tekak ni…kalau ada pun mesti keras…x sedap…huhuhu…


Resepi ni fiza cilok kat blog SaraNur74…fiza ikut sebijik2 …mmg sedap…terasa kelembutan dia…wah gitu…he he he…bg fiza mmg 100% fiza suka…kalau boleh like fiza bg 100 like dah kat resepi tu…fiza buat masa nak balik kampung hari ahad lepas…bawak balik bg mak ngan abah makan…ayaq tgn anak depa yg x reti masak…ha ha ha…la ni dah makin tera sikit masak…x banyak pun sikit ja….kalau sapa2 nak resepi asal boleh la terjah blog SaraNur74 ya…boleh klik DISINI….tapi fiza mmg kopi sebijik2 resepi bengkang ubi kayu…cuba lah ya…mmg gerenti sedap….Buat tuan empunya resepi fiza minta izin copy paste yer...tima kasih kak...




tgh masak....


 setelah masak...panas2 lagi...x sabaq nak potong dah time ni...he he he


masa ambik gambar ni mak fiza cakap...nak makan pun ambik gambaq ka...ha ha ha...

Resepi :- fiza-sham.blogspot.com
Sumber :-saranur74.blogspot.com  

Bengkang Ubi

Bahan2 :-

*5 cawan ubi yg siap diparut
*2 1/2 cawan santan pekat
*1 1/2 cawan gula-ikut manis pun boleh
*garam secukup rasa
*pewarna kuning

Cara penyediaannya :-

ubi yg diparut ditapis dulu dgn penapis kelapa, biar airnya berwarna kuing turun dlm 10 minit gitu( petua mak supaya tak pening dan angin)
pastu buang air tersebut , tp sagunya berwarna putih diambil digaul bersama ubi tadi
campurkan gula garam dan pewarna dan santan pekat

loyang disapu dgn mentega dan panaskan sebentar
baru masukkan adunan ubi yg telah sebati
dan bakar dlm 1 jam setengah suhu 200c api atas dan bawah

sejukkan betul2 baru potong...selamat mencuba ya….


 

12 comments:

Unknown said...

Sedap, mantap resep nya mbak....

Hafizah Mohamad said...

terima kasih Irwan Saputra...boleh dicoba ya...=)

tun_telani said...

yayy!! dh tukar setting komen ^^ tq sudi tukar setting ke pop-up.. mmg tension kalau xleh nk mengomen. hihi...
sedapnyer bengkang ubi kayu.. tun teringin nk makan kuih2 yg guna ubi kayu nih, dh byk koleksi resepi, tp tanam pokok xnk hidup kawasan umah ni kawasan bukit. cucuk 10 batang ubi kayu, semua mati. sungguh tragis.

Yana Shaiful said...

sedap..yana suka bengkang ubi kayu.. dulu mak slalu bt tp skg nih semua kna bt sndiri..rindu pulak dgn air tgn mak..nk blk kg huhuu

mama sara nur @ Cik Nor said...

Assalam Fiza
wahhh kena bg akak rasa ni ye he hee
tak rugi kalu ramai peminat kan
nanti try versi gula merah pulak ye

yan's cottage said...

sedapnya....lama tak makan nie....

Hafizah Mohamad said...

tun_telani :- terima kasih tun sbb sudi singgah...

Yana Shaiful :- sedap sgt...he he he...cuba lah...

mama sara nur :- kalau akak dekat mmg fiza pi sua sepinggan... hehehe

yan's cottage :- ni gara2 mengidam ni yan...he he he

Sari said...

tengok gambar je dah tau sedap....hehe

Azie Kitchen said...

Nampak memang sedap bengkang ni. Minta copy resepi ya

fatal1ty said...

salam,
Amalkan makanan sunnah?

Sila layari http://ijustbought.blogspot.com/
Facebook http://www.facebook.com/TimurTengahEnterprise
untuk berbagai produk dari timur tengah.

Terima kasih.

Ina Hashim said...

sedapnyaaaa...mak akak suka buat bengkang ubi kayu guna gula merah, pastu bakar guna dapur kayu buat atas tanah kt belakang dapur...mmg mantapsss

Unknown said...

Sedappp ptg nie nk cuba..