Assalamualaikum...kali
nak share pengalaman fiza setelah 12 hari minum cuka epal ni…setiap pagi mmg
fiza akan pastikan diri sendiri…husband…dan anak fiza yg sulung tu ambik cuka
epal ni…husband fiza mmg ada darah tinggi…alhamdulillah sejak amalkan minum
cuka epal ni darah tinggi asben dah kembali normal…sampai doktor pun tekejut…he
he he…minggu ni asben try x ambik ubat darah tinggi tu nak tgk camana…hari
sabtu ni dia nak pi check up tgk…he he he…anak fiza yg sulung tu sinus mmg
teruk…setiap hari mesti berhingus…tapi sejak ambik cuka ni atas izin Allah
jugalah hingus dah kering…baru2 ni pi follow up klinik ENT doktor cakap dah
kering dah…dah baik dah….dia mmg x ambik pun ubat sinus atau spray hidung tu…alhamdulillah…syukur
sgt2…kalau x mmg susah hati tgk hingus dia sentiasa ada…bayangkan dr darjah
satu lagi asyik berhingus ja hidung tu…tahun lepas dah buang dah sinus tu…tp
masih lagi berhingus…thn ni pun buat juga pembedahan sinus tu…alhamdulillah la
sbb fiza jumpa khasiat2 cuka epal ni…syukur sgt2…atas pemberian dr Allah ni…(^_^)
Showing posts with label Diet. Show all posts
Showing posts with label Diet. Show all posts
Tuesday, February 12, 2013
Saturday, February 2, 2013
AppLe CiDeR VinEgAr
yg ni fiza cilok dr en.gugel...tp mmg jenama ni la fiza beli tadi...
Assalamualaikum...pagi
tadi lepas bawa anak dara fiza pi follow up dgn pakar ENT terus singgah GIANT
sbb nak beli sikit barang...opkos la nak cari cuka epal...sbb dok rujuk kat
internet ni cuka epal ni bagus untuk menurunkan berat badan...ntah sbb apa penurunan
berat badan makin kurang memberangsangkan...ha ha ha...yerlah kan balik kg hari
tu semuanya fiza bedal...makan tu x hengat...pastu naik balik berat...hadoi
tension bila berat naik ni...dah la susah nak turun...sekarang ni fiza x sangat
ikut diet ATKINS tu...cuma sekarang ni x ambik nasik...me...bihun dan yg
seangkatan dengannya....tapi roti fiza makan juga...mana tahan nak telan
telur...ayam...dgg...ikan ja hari2...jemu yo....ha ha ha…byk juga la khasiat
cuka epal ni…info2 ni fiza gugel kat internet....=)
Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya
dari Jabir Bin Abdullah (r.a.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang
hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami
tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL (cuka)”, lalu Baginda pun
memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”.
(Dikeluarkan oleh Muslim 2052)
Baginda SAW ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.
Baginda SAW ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.
HADIS
Rumah Yang Menyimpan Cuka Tak Akan Menderita
Dari Kemiskinan.Diriwayatkan Oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi “Cuka Adalah Kemudahan
Bagi Manusia” Diriwayatkan Oleh Muslim “Allah Telah Meletakkan Berkat Dalam
Cuka, Ia Digunakan Oleh Para Nabi Sebelum Aku”, Diriwayatkan Oleh Aisyah,
Muslim Dan Ibnu Maja
Nabi Muhammad (Saw) Suka Kepada Cuka.Jabir
Menceritakan, "Suatu Hari Rasulullah Memperlawa Saya Ke Rumahnya. Dia
Dihidangkan Roti. Dia Bertanya: 'Adakah Apa-Apa Sos Perasa?" Mereka
Menjawab "Tidak, Hanya Ada Cuka." Nabi Berkata, “Cuka Adalah Sos Yang
Baik.” Jabir Pernah Berkata, “Aku Menyukai Cuka Sejak Aku Mendengarnya Daripada
Nabi Allah.” Naf'a Berkata, “Aku Menyukai Cuka Sejak Aku
Mendengarnya Daripada Jabir.”[Muslim, Abu Dawud, Nasa'i]
Khasiat
Cuka Epal (Khal)
Cuka epal (Apple Cider Vinegar) memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi. Ia telah lama digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh orang- orang Greek dan Mesir. Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semula jadi. Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan. Ia mula popular setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal diminum setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).
Antara khasiat cuka epal ialah:
1. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
2. Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.
Epal Cider atau cuka epal bukanlah sesuatu yang baru. Sejak 10 ribu tahun dahulu, ilmuan perubatan telah menggunakan epal cider dicampur madu sebagai tonik kesihatan untuk merawat pelbagai jenis penyakit dan mengekalkan kesihatan.
Di Malaysia, kebanyakan keluarga ada menyimpan dan mengamalkan minum cuka epal setiap hari. Namun, masalah utama adalah rasa dan bau cuka epal yang tidak enak.
Tahukah anda bahawa cuka epal digunakan sebagai tonik kuat tentera Julius Ceaser dan pahlawan Samurai jepun?
LAGI KHASIAT CUKA EPAL
1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.
Sunday, January 20, 2013
SaLMoN LaGi !!!
Assalamualaikum...kali ni fiza just nak tayang gambaq saja...salmon tu pun dah selamat bermalam kat dlm perut ni ha...he he he...tadi lepas balik dari hospital terus pegi GIANT...niat dihati nak cari ikan salmon...mula2 lalu tempat ikan salmon dah habih cuma tinggal tang kepala ngan ekoq ja...hurmmm...tanya penjual tu x de lagi ka...dia cakap dah habih...frust gak la mula2 tu...pastu keluaq bahagian bawah naik bahagian ataih plak...fiza pi makan kat ataih GIANT tu...hurm..lepaih dah makan kami masuk balik sbb nak beli barang sikit...lalu lagi tempat ikan nasib baik kali ni sbb ada la pulak...bykkkk...ha ha ha...geram tgk...pastu rembat 4 ketoi...he he he...kali ni fiza grill atas pan saja...pastu buat salad sikit...makan la untuk malam ni...=)...so layanzzz la gambaq2 ni yer...he he he
cantiknya ikan ni...=)
salad...ni first time buat salad ni...
bakar atas pan...sampai patah2 isi ikan ni masa nak balikkan dia...bakar dlm oven senang lg...he he he
menu yg paling simple n paling senang nak sediakan...he he he
Saturday, January 5, 2013
ALhaMduLiLLaH...SYukUR SaNGaT !!!
Assalamualaikum....hari ni hari yang mengembirakan bg diri sendiri...bukan dapat duit...bukan dapat hadiah....tapi dapat nombor yang paling menyenangkan hati fiza....ha ha ha..pagi tadi lebih kurang pukoi 11.30 pagi bawa anak2 pi follow up kat spital....orang punyalah ramai...lebih kurang pukoi 12.25 baru boleh jumpa doktor...masuk jumpa doktor kejap saja tapi nak menunggu tu punyalah menyiksa batin den...huhuhuhu....dah habih ambik ubat kami cepat gerak pi Giant Food Court sbb dah janji ngan asben nak makan kat atas tu....sblm pi makan minta syiling kat asben 40 sen sbb nak pi timbang....nasib baik masa fiza timbang tu orang x ramai sgt...kalau x malu den...yer la mesin tu siap bagitau lagi berat kita...kalau cakap selow2 oklah juga ni siap buat pengumuman lagi...hahahadoi la....dah dpt tiket tu rasa cam nak lompat pun ada...yerlah kan usaha fiza selama 13 hari berhasil dengan memuaskan...dulu berat fiza 103 kg...tadi timbang 95.9 kg....alhadulillah lutut pun dah tak sakit...tumit pun x sakit...kalau x bagun pagi rasa perit sungguh bila nak menapak....sekarang ni dah hilang sakit2 tumit dan sakit lutut....semoga usaha fiza nak kurus berjaya....amin !!!
nilah tiket yg fiza pi timbang kat Giant hari rabu lepas dan t/hari tadi....
Friday, December 28, 2012
TiPS iNDuCTioN LeBIh BerKEsaN - aTKiNS diET -
Ha, ada tips jugak tau. Penting tau buat semua ni selain dari makan apa yang boleh makan dan jangan makan apa yang tak boleh makan. Hahahaha..Pening? Memang aaaa, 2-3 hari memula tu memang pening. Tu tandanya Ketosis sedang berlaku. Tapi memula jer dalam 2-3 hari..pastu ok balik. Ok...tip-tipnya ialah :-
1. Tak payah ler naik timbang tu hari-hari. Seminggu sekali udah ler. Dalam Atkins ni penurunan berat badan adalah no 2. Yang utama adalah bentuk badan tu. Sampai satu tahap mungkin penyusutan akan perlahan atau terhenti. Itu mungkin lemak anda sedang bertukar menjadi oto-otot yang mantoppppss...Jangan putus asa jika penyusutan slow atau terhenti. Teruskan usaha anda..hehehe
2.
Tidur sekurang-kurangnya 7 jam sehari. MESTI!!! Kurang tidur bermakna kuranglah
juga pembakaran lemak body tau...Tengok-tengok, tido bebanyak pun boleh kurus
tau.
3.
Jangan skip SARAPAN/BREAKFAST! Jangan BERLAPAR! Sarapan itu penting. Jangan
tinggal breakfast, jangan tak makan. Jangan sampai lapar. Sekali kita tak
makan, sekali kita berlapar alamatnya automatik body kita kurenggg membakar
lemak. bahan-bahan bakar (lemak) akan disimpan untuk dijadikan simpanan stok
hari tua. Tak aaa, dia nak simpan aaa sebab ko tak bg bahan bakar baru...
4. Minum air banyakkkkkk
banyakkkkkk. Dapat tak bayangkan berapa banyaknya? 8 gelas sehari atau 2-3
botol mineral besar tu sehari. Minum 3-4 gelas air masak setiap kali sebelum
makan. Biar ler kita duk ulang alik toilet 180 kali pun. Yang penting minum air
masak bebanyak untuk lebih lancarkan proses pembakaran tu. Untuk tingkatkan
kadar metabolisme.
5. Makan sekurang-kurangnya 3 kali sehari atau 4 kali atau 5 kali atau sukahatilah nak berapa kali janji tak lebih 20g karbohidrat sehari. Makan dalam kuantiti kecil. Jangan TAK MAKAN TAU!!!...
6. Untuk menambahkan perisa makanan supaya tidak boring, boleh gunakan minyak zaitun, minyak conola, minyak bunga matahari ke apa sajalah...Kalau nak grill ker, letaklah minyak tu sesikit kasi sedap....nak goreng pun boleh...Minyak-minyak ni tak de karbohidrat...so, jangan takut-takut aaaaa.....Yang penting kita enjoyyyyy!!!!
7. Pastikan anda patuh dengan kuota 20g karbohidrat setiap hari tu. Tapi kalau kira-kira tu janganlah ngam-ngam plak. Lebih baik kurangkan pengambilan sehingga 15g saja. Lagi 5 tu simpan untuk karbohidrat tersembunyi yang kita tak sedar kita dah ambil sekali. Contohnya, dalam kuah, bahan perasa, rempah-rempah dll. Jadi hati-hati dengan kuah atau sos atau gravy.
8. Sebolehnya elakkan
minuman manis yang menipu ni. Macam Pepsi Max dan Diet Coke ni. Canteknya
nombor 0 tu berderet kat dalam nutrisi bar tu. Carb pon 0 kan. Tapi bila minum
manis. Asalkan rasa manis jer, body dah dapat detect tau. (tak kan kita nak
tipu lidah kita sendiri). Boleh merajuk ketosis dibuatnya. jadi hati-hatilah.
Kalau dah teringin sgt bolehlah minum barang seteguk dua..Bukannya setin dua
tau!!!
9.
Rerajinlah membaca Kandungan Nutrisi dalam makanan kalau gi shopping. Duduklah
berjam-jam depan peti ais tu pun tak per. Asalkan korang faham dan beli serta
makan makanan yang betul jer. Seboleh-bolehnya cari makanan yang kandungan carb
dia >3g/serving. Lagi rendah lagi bagus. Bolehlah makan bebanyak kan.
Ok ok...dapat tak? Selamat Berdiet Ekk..
Happy Diet Everyone..dan maklumat2 yg fiza kopi pes ni fiza ambik kat blog ni....terima kasih buat Aikido@MushroomCute@Mariea
Ok ok...dapat tak? Selamat Berdiet Ekk..
Happy Diet Everyone..dan maklumat2 yg fiza kopi pes ni fiza ambik kat blog ni....terima kasih buat Aikido@MushroomCute@Mariea
Subscribe to:
Posts (Atom)



