Assalamualaikum…buat
teman2 blogger yg sudi singgah ke blog fiza ni…fiza ucapkan terima kasih
banyak2…hari ni menu untuk t/hari tadi fiza masak nasi ayam kak Nani
Rostam…asben ngan anak2 puji melangit kata sedap sgt nasi ayam ni…syukur
alhamdulillah sbb diaorang suka…he he he…
Banyak
hari dah rancang nak buat nasi ayam kak Nani ni tapi masa x mengizinkan nak
masak…so hari minggu camni la boleh cuba resepi2 baru…(^^,)...hurm…x maulah cakap
panjang lebar mai kita pakat2 salin resepi yg sedap nih…nak masak pun simple
ja…resepi ni fiza copy dari blog kak Nani Rostam yer…kalau nak tgk resepi asal
bolehlah berkunjung ke blog kak Nani Rostam….so layanzzz….
makan bersama2 dgn homemade soya...sedap...=)
Resepi :- fiza-sham.blogspot.com
Cara-cara
membuat nasi ayam resepi nanirostam.
Langkah pertama....
Sediakan seekor ayam dan perap dengan halia, bawang putih dan bawang merah
selama setengah jam.Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan
perlahan api tunggu sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi
dan perapkan dengan sos tiram, kicap cair, kicap manis, madu dan minyak bijan.
Gantungkan ayam selama paling cepat satu jam.
Langkah kedua.....
Basuh beraswangi....letak dalam rice cooker tanpa air. Didalam kuali masukkan
mentega, tumis bawang putih,bawang merah dan halia yang telah dikisar, sebiji
bunga lawang, sebiji buah pelaga, 1 inci kayu manis, dua helai daun pandan dan
sehelai daun salam. Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam
tadi, susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut rasa. Biarkan
mendidih dan tutup api. Tuang kedalam beras tadi jika air tidak cukup tambah
air biasa dan masak seperti biasa.
Langkah ketiga....
Blend cilipadi merah siam dengan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan
gula, garam dan cuka secukup rasa. Masak dengan api kecil sehingga likat.
Air kicap hasil perapan ayam tadi...dimasak di dalam kuali sehingga
mendidih dan diangkat.
Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan
serbuk ayam.Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.
Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak
menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut
ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat
dan gantung agar dapat toskan minyak. Potong ayam dan hidang.
Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan
hidang.Selamat mencuba...