Rakan2 Yang Dihargai...

Saturday, April 27, 2013

ReSePi NaSi AyAM CaRa NaNi RoSTaM





Assalamualaikum…buat teman2 blogger yg sudi singgah ke blog fiza ni…fiza ucapkan terima kasih banyak2…hari ni menu untuk t/hari tadi fiza masak nasi ayam kak Nani Rostam…asben ngan anak2 puji melangit kata sedap sgt nasi ayam ni…syukur alhamdulillah sbb diaorang suka…he he he…

Banyak hari dah rancang nak buat nasi ayam kak Nani ni tapi masa x mengizinkan nak masak…so hari minggu camni la boleh cuba resepi2 baru…(^^,)...hurm…x maulah cakap panjang lebar mai kita pakat2 salin resepi yg sedap nih…nak masak pun simple ja…resepi ni fiza copy dari blog kak Nani Rostam yer…kalau nak tgk resepi asal bolehlah berkunjung ke blog kak Nani Rostam….so layanzzz….


 makan bersama2 dgn homemade soya...sedap...=)

Resepi :- fiza-sham.blogspot.com

Cara-cara membuat nasi ayam resepi nanirostam.

Langkah pertama....

Sediakan seekor ayam dan perap dengan halia, bawang putih dan bawang merah selama setengah jam.Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahan api tunggu sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan sos tiram, kicap cair, kicap manis, madu dan minyak bijan. Gantungkan ayam selama paling cepat satu jam.

Langkah kedua.....

Basuh beraswangi....letak dalam rice cooker tanpa air. Didalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih,bawang merah dan halia yang telah dikisar, sebiji bunga lawang, sebiji buah pelaga, 1 inci kayu manis, dua helai daun pandan dan sehelai daun salam. Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut rasa. Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang kedalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.

Langkah ketiga....

Blend cilipadi merah siam dengan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Masak dengan api kecil sehingga likat.

Air kicap hasil perapan ayam tadi...dimasak di dalam kuali sehingga mendidih dan diangkat.

Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk ayam.Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.

Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung agar dapat toskan minyak. Potong ayam dan hidang.

Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.Selamat mencuba...

5 comments:

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam fiza
happy takala ank2 mkn msakan kita dgn selera ni kan fiza
menu akak td pun nasi ayam he hee tp beli je 3 bungkus
kalu msk sendiri lg bagus jimat dan puas mkn. biasa akak sampai mlm pun mkn nasi ayam jg kan guna
seekor ayam
ank2 dara akak tu suka sgt

tun_telani said...

Salam kak fiza.. hebat resepi ni, siap gantung2 ayam lagi tuuu.. hihi.. tun mmg suka makan nasi ayam, sape xsuka kan? kalau dh blur2 xtau nk masak apa yg special sket, mmg masak nasi ayam la.

ZieMarziah said...

Bila asben puji rasa macam nak masak benda yg sama je tiap2 ari hehehe*zi la tu*

yan's cottage said...

ehmmm2...mai lah sepinggan dua...lapaq nie...

MamaFaMi said...

Sedapnya nasi ayam!