Rakan2 Yang Dihargai...

Wednesday, April 24, 2013

ResEpi ReNDaNG aYaM HaRuM DaRi SeCuBiT GaRaM





Assalamualaikum…menu untuk t/hari ni fiza buat rendang ayam harum dari dapur Kak Nor Secubit Garam…family fiza suka sangat makan rendang…so kiranya ini cubaan pertama fiza lah dalam buat rendang ayam…nak masak rendang ayam ni simple ja…senang sgt…bahan2 pun x banyak…terima kasih buat kak Nor dan kak Dayang Jack sbb sudi kongsi resepi sedap ni...so meh la kita layan resepi ni…=)


Rendang Ayam Harum

Resepi :- fiza-sham.blogspot.com
 

Bahan-bahan :

1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan dibersihkan)
2 helai daun kunyit (dihiris)
3 helai daun limau purut
sedikit air asam jawa
 3/4 cawan santan
1 sudu besar kerisik
1 1/2 sb gula perang
2 batang serai (diketuk)
rempah 4 sekawan (buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang)
2 sudu besar cili giling/cili kisar
1 sudu besar serbuk kari daging (optional) 
sedikit garam

Bahan-bahan kisar :

1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas

Cara-cara :

Tumiskan rempah 4 sekawan bersama serai, bahan-bahan kisar, serbuk kari dan cili kisar/cili kering sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan ayam, daun kunyit, daun limau purut dan sedikit air. Gaul-gaulkan dan masaklah hingga ayam hampir empuk.
Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya dan masak hingga kuahnya pekat.

 


6 comments:

mama sara nur said...

Assalam Fiza
sedapnya rendang, lauk yg x jemu pasti abis kalu ada ni kan
mkn dgn nasi pun best
akak kalu blk kg nk manja2 dgn mak mesti mintak mak wat rendang he hee

ainnoraini said...

anak2 kakain suka mkn rendang ni...kene plk ada pulut kuning...

LiNa_Pg said...

sedap nampak rendang fiza ni...kalau makan ngan pulut kuning lagilah sedap..

indahhouse said...

Salam kak hafizah,
Adoi, nampak menu kak, buat saya teringin nak makan rendang. :))

yan's cottage said...

salam kak fiza....

aduh sedapnya...kalau dapat makan ngan pulut kuning lagi sedap nie...

KY said...

sedapnya, KY nak cuba buatlah..