Rakan2 Yang Dihargai...

Wednesday, April 17, 2013

ReSePi AyaM PaLeMBaNG KaK MaDiHaA





Assalamualaikum…malam ni fiza nak share satu resepi yg sedap sgt…bukan suami ja kata sedap…anak2 pun puji sedap termasuklah sikecik fiza tu…he he he….resepi ni fiza cilok kat blog kak MadihaA a.k.a Ratna...resepi ni nak seakan2 rendang pun ada…patutnya Ayam Palembang ni warna hitam2 sikit….tapi fiza punya Ayam Palembang warna coklat2 sikit…sbb x cukup kicap…tapi kesedapannya tetap maintain gitu…terima kasih buat penyumbang resepi yg sedap sgt ni...moga Allah jua membalas jasa kalian yg sudi berkongsi resepi ni...x nak la taip panjang lebo meh kita intai resepi Ayam Palembang kak MadihaA ni…kalau nak lihat resepi asal silalah ke blog kak MadihaA yer...klik jer di SINI...



Ayam Palembang

Resepi :- fiza-sham.blogspot.com

Bahan-bahan:

8 ketul ayam
3  biji kentang ~ potong wedges
3 batang serai - dititik
200ml santan pekat
3 sudu besar kerisik
kicap
minyak
sedikit garam
sedikit serbuk perasa @ gula

Bahan kisar:

1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
25 biji cili kering

Rempah penumis:

3 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
1 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga

Cara:

1. Panaskan minyak  & goreng ayam setengah masak. Angkat & ketepikan.  Goreng pula kentang hingga masak. Dalam kuali yang sama.. kurangkan sedikit minyak bekas gorengan ayam dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga ayam masak. Sesekali digaul mesra.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan dan kerisik.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa…
5. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.



11 comments:

umi alya said...

Insya Allah hari minggu nak cubalah

Yana Shaiful said...

sedap kan kak ayam palembang nih.. yana dh 2 3 kali jgk bt..husben dgn anak mmg suka ^^

mama sara nur said...

asslm Fiza
malam2 gini nampak lauk lpar dibuatnya he heee nk lg ayam
bagus gak kan buat resepi lain asyik sambal ayam atau kari je
ada masa kenalah cuba rasa sendiri kesedapannya

pssst..tq ye bgtau kak pasal cuka epal tu, tk sanggup begitu sj msm he hee kena campur mdu kan tp org tu bgtau kalu cuka kurma pun ok ktanya

yan's cottage said...

mmmm...nampak pun dah tau...sedap nie...huluq mai seketui dua he heee....

tun_telani said...

Salam kak fiza ^^
tun tgh dh queue menu nih, tp sbb queue panjang sgt utk menu ayam, xtau la bila akn buat nih. haha...

ainnoraini said...

nnpk pun dh tau sedap,belum rasa lagi nii..
Mkn dengan pulut kuning ni boleh jugakkan...

umi alya said...

singgah jap

Mamasya said...

Aslmkum Fizah
sedap masakan ayam palembang ni...dah lama tak buat.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam fiza..
masakan ni mmg sedap kan fiza.. terima kasih pd penyumbang asal resepi..

Anonymous said...

selalu makan daging palembang pakcik selalu buat bla da event mmg sedap tp ayam blum pnah rsa...gonna try this...

Anonymous said...

as salam..sy pun dah try buat resepi ni..terima kasih ya..;)