Rakan2 Yang Dihargai...

Sunday, April 7, 2013

NaSi HaRiSSa DaRi DaPuR TuN_TeLaNi



Assalamualaikum….cuti hari minggu ni mesti korang sibuk kan…kan…kan….yer la nak masak buat familia tersayang…fiza pun sama la juga…dari semalam lagi dah pikiaq nak buat Nasi Harissa ni…hari tu tgk Tun_Telani masak…tgk cam best ja…pg td semua bahan2 ada…cuma beli tambah daun ketumbar ja…asben cakap sedap nasik ni…wah kembang setaman mak…he he he…tanya anak2 camana rasa…gamaknya nak jaga hati fiza sama kot semua cakap shedap…he he he…tgk anak2 makan bertambah2…kat sini hanya ada dua kemungkinan…samada nasik ni sedap atau mmg diaorang tgh lapaq…ha ha ha…x kira la janji nasik tu habis…cuma ada tinggal sikit ja lagi…nasik harissa ni fiza masak pg ni…kiranya sarapan pagi dgn makan t/hari sekali la…fiza gabungkan dgn ayam dendeng…tapi jadi ayam sambal…kat mana silap pun x tau...pastu pekena plak ngan acar timun…mmg sedap…so selamatlah mencuba ya…layanzzz…












Resepi      :- fiza-sham
Sumber 1 :- melinblossom
Sumber 2 :- tun_telani

Nasi Harissa


Bahan-bahan:

  • 1/2kg beras basmathi
  • air ikut padat beras dan lebihkan 100ml
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 1/2biji lobak merah/karot - diparut kasar
  • 1 ikat daun ketumbar - ambil akarnya, dibersihkan dan kisar bersama 5 batang cili hijau
  • 1 biji kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 s/k garam
  • bawang goreng
  • daun ketumbar
  • minyak atau mentega untuk menumis  

Bahan2 kisar:

  • 1 sudu kecil jintan halus
  • 1 inci halia
  • 5 ulas bawang putih

Cara:
 
1. Beras dicuci bersih dan ditoskan. Kemudian gaulkan dengan lobak merah.

2. Panaskan minyak dengan api kecil dan tumis bawang besar hingga layu
3. Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga. Kacau sehingga naik bau  kemudian masukkan bahan yg dikisar tadi.
4. Masukkan lada hijau yang dikisar dengan akar ketumbar tadi. Tumis sehingga garing
5. Masukkan air dan garam secukup rasa
6. Apabila mendidih, masukkan beras yang digaul dengan lobak, lalu tanak hingga masak.Boleh juga dialihkan ke dalam rice cooker dan masak seperti nasi biasa.fiza alihkan masuk dlm pengukus…
7. Setelah masak, masukkan daun ketumbar yang dipetik-petik dan bawang goreng. Tutup periuk rapat-rapat. Setelah beberapa minit, kacau dan biarkan masak sepenuhnya. Hidangkan dengan lauk-pauk yang lain~~~
step no.7 ni fiza x buat sbb fiza x suka bau daun ketumbar…


11 comments:

umi alya said...

sedapnya, len kali leh cuba..

yan's cottage said...

singgah petang....aiiii...ada nasi pula lapaqnya minta sikit boleh...

Mel said...

wah...dimakan dengan acar sekali...memang sedap tuh! ^^

tun_telani said...

Salam kak fiza!! baru nk berBW nih... sedapnyerr nmpk set nasi akak nih.. tun skrg tiba2 terasa mcm gemuk, jd tgh berusaha mendietkan diri. hihi

azian said...

kena try nasi ni pulak....

mama sara nur said...

Assalam Fiza
memang sibuk ni, he her
sedapnya nasi ni
akak nk tanya pasal vinegar apple tu, diminum mcm tu je ker? Berapa sudu Dan berapa kali sehari
tqqqq ye Fiza bg info kat akak

makcikkantin said...

woishhhh...lain kali boleh bungkuih utk makcik dak :=D

umi alya said...

singgah jap

wanayusuf said...

slm fiza..
nampak sedap nasi tu... boleh lah akak try nanti... thanks for the recipe,,,

ieda immi said...

urmmm sedap nie ..
nanti boleh cuba resepi akak nie ;)

Mamasya said...

Aslmkum Fiza
bila famili puji sedap pasti sedap...berbaloi masak.tengok bahan2nya ringkas...boleh masuk senarai dulu....