Rakan2 Yang Dihargai...

Wednesday, May 8, 2013

ReSePi KeK PiSaNG



bengkang ubi kayu resepi MamaSaraNur...dah byk kali fiza buat...sedapppp...

Assalamualaikum….hari ni fiza nak tayang gambar kek pisang yg fiza buat pd hari mengundi yg lepaih…saja buat kenduri untuk petugas2 PRU13  di Bayan Lepas N38…buat kerana Allah….lagi pun pisang yg mentua fiza bg banyak sgt sampai x tahu nak buat apa ngan pisang ni….kalau belah utara panggil pisang masam…tapi yg peliknya pisang tu x masam pun manis ja…ntah la sbb apa org panggil pisang masam…=)




Masa hari mengundi tu suami fiza ada menolong petugas2 di N38 Bayan Lepas....suami fiza orang Bayan Lepas…fiza pun saja la buat makan2… sengaja nak habiskan pisang yg mentua fiza bg…fiza buat 4 biji kek pisang…sedap…lemak2 gitu…alhamdulillah semua habih…ada yg bungkus bawa balik…wah…rasa seronok sgt…he he he…yer la kat umah fiza ni kurang sikit peminat apam2 n kek2 ni…tapi kalau cis kek ke moist coklat kek ke mmg laju ja….memilih sungguh diaorg ni yer….

 mee goreng sikit utk makan pagi....

x mo la taip panjang2…meh kita belek2 resepi ni…nak kopi pes pun boleh…bg fiza resepi ni paling simple n senang nak buat….sbbnya fiza ni jenis manusia yg x suka buat benda2 yg renyah…atau kata lain menyusahkan…ha ha ha…pastu pulak bahan2nya senang nak cari kat dapur….so mai kita pakat2 salin resepinya…=)




Kek @ Apam Pisang Kukus

Resepi :- fiza-sham.blogspot.com
Sumber :- shw.ulampegaga /diana

Bahan-bahannya:-


  • 2 cawan tepung gandum
  • 8 biji pisang emas (sederhana besar)
  • 3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak) 
  • 4 biji telur 
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 cawan gula 
  • secubit garam
Cara-caranya :-

1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
4. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.

Nota: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dan tutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih. Selamat mencuba ya kawan2...=)







7 comments:

aDisH.sHidA said...

erm..nampak mnarik warna kek pisang tu...dah la banyak....boleh cuba la nanti..tp apa rahsia kek pisan warna nya begitu ye

miss yatie said...

KY buat kek pisang tak pernah menjadi, KY nak cuba resepi fiza pulak, nampak senang je, bahan pun tak banyak, minta2 jadilah nanti, kalau jadi KY akan post juga kat blog heeee

tun_telani said...

Salam kak fiza.. tun mmg suka mkn kek pisang! resepi ni nmpk sgt senang. nnti ada pisang blh try.

sekadar satu coretan said...

saya ni resepi ada..buat je belum lagi..,
Nnpk sedap jer tuu...

yan's cottage said...

yan suka buat kek pisang guna pisang asam nie....keknya akan jadi cantik...memang sedap....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

alhamdulillah.. moga dimurahkan rezeki buat fiza sekeluarga.. rajin sgt fiza mcm2 godek utk bersedekah pd rakan2 yg bertugas...

akak tau pisang masam tu.. kalau keluarga akak panggil pisang putar.. hehehee... entah apa yg berputar pun tak taulah.. tp pisang ni kalau mkn mentah kurang sedapkan.. sesuai utk buat kuih muih.. tp kalau yg muda sesuai juga buat gulai...

akak pun dlm operasi nak perabis pisang2 yg dibawa blk dr kg aritu.. ada sikit lagi entah apalah pula yg nak digodek.. buat muffin sudah, apam sudah, goreng pun sudah.. kena cari resepi lain plak supaya anak2 tak jemu..

Unknown said...

selalu gak wat keke pisang ni..makan time panas2 memang kebabom..hihi

selain mee ngan kek pisang,yang ats tu ape kak??nampak sedap jugak..