Rakan2 Yang Dihargai...

Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Wednesday, June 11, 2014

RoTi MaNiS

Assalamualaikum….hari ni mood rajin sikit….fiza buat roti…satu adunan 3 jenis roti….mmg sedap…lembut ja….resepi ni fiza ambik dari chef Khairi Mansor dr FB….blh la cuba resepi ni yer,….














 Roti Manis

Sumber :- Chef  Khairi Mansor

500gm tpg gandum high protin
75 gm gula kastor
10gm garam
20 gm susu serbuk
6gm yis
5gm bread improver (jika suka)
2 biji kuning telur gred ‘C’ (fiza letak sebijik ja sbb x cukup)huhuhu
60 gm butter
250gm air sejuk dingin (fiza campur dgn ais ketul)

Cara-cara :-

Campur semua bahan dan uli hingga elastic
Rehat doh dlm 15 minit
Bentuk doh mengikut kreativiti masing2
Kembangkan roti yg di bentuk sehingga naik 2 – 3 kali ganda
Bakar dgn suhu 190c sehingga masak…anggaran dlm 15 hingga 20 minit




Tuesday, April 22, 2014

ReSePi Bee HiVeS BuN




Assalmualaikum….kali ni fiza nak share satu resepi roti…Bee Hives Bun….mmg sedap…kalau kat fb tu mmg dah pemes emes dah…resepi ni fiza ambik dr cik puan Lydia Honey…mmg sedap…dah 2 kali cuba…mmg sedap…cuba la….kalau x sedap tu jgn marahkan fiza k…masing2 mulut le org kata ye…he he he…Meh kita tgk resepi…






Resepi :- fiza-sham.blogspot.com
Sumber :- Cik Puan Lydia Honey (FB)

Bahan2 ;-

2 cawan tepung gandum
½ sudu teh yis
¼ sudu garam
½ sudu the baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt
¼ cawan minyak sunflower
½ cawan air suam +-

Cara2 ;-


Larutkan gula dan yis dlm air suam biar berbuih…dlm mangkuk besar masukkan tepung,garam,baking powder dan kacau sebati….kemudian masukkan campuran yis dan yogurt ked lm adunan tadi….gaul sebati….pastu masukkan minyak sedikit demi sedikit…gaul sampai adunan x melekat di tangan…uli hingga elastic…lagi lama lagi gebu roti kita…biar roti kembang seketika…pastu blh bulat2kan….kalau melekat kat tangan blh guna minyak untuk bulat2kan ok….pastu boleh bakar dlm 15minit…10 minit pertama guna api bawah pastu 5 minit terakhir tukar ke api atas sahaja…suhu dlm 180 ke 200C…ikut oven masing2 yer…


Resepi ButterScotch…

Bahan2 :-

½ cawan gula perang @ putih
½ cawan whipping krim @ susu cair
Sedikit garam
½ sudu teh esen vanilla
1 sudu kecil butter

Cara2 :-

Cairkan gula perang dgn api yang kecil…biar gula cair…pastu masukkan whipping krim sedikit demi sedikit….kacau sampai gula larut…masukkan garam…esen vanilla dan last sekali masukkan butter….kacau  hingga sebati….pastu siap….boleh tuang atas roti td….kalau nak pekat boleh masukkan tepung jagung sikit utk memekatkan sos kita….selamat mencuba….

Thursday, February 27, 2014

RoTi SoSeJ



Assalamualaikum…kali ni nak buat tayangan perdana...he he he...roti sosej yg fiza buat utk makan2 ptg kelmarin...resepi roti ni fiza ambik dr Pn.Isma Maisarah dr Geng Kelab Roti...mmg lembut sgt...dia guna teknik spounge dough....mmg berbaloi2 kalau mencubanya....oklah kat bawah ni fiza taip resepinya yer....

Roti SoSej Teknik Spounge Dough

Resepi    :- fiza-sham.blogspot.com
Sumber :- Pn. Isma Maisarah

Water Roux

* 2 sudu besar tepun HP @ gandum
* 125 ml air

Satukan semua bahan dan masak atas api yg kecil...kacau sentiasa agar x berketul...biarkan sejuk selama 2 jam...

Spounge Dough

*150gm tpg HP @ gandum
*1 sudu besar gula
*3gm yis
*90 ml air

uli semua bahan sehingga menjadi doh dan simpan dlm peti sejuk selama 2 jam.

Dough Biasa

*100gm tpg HP @ gandum
*2 sudu besar susu tepung
*4 sudu besar gula
*1 biji kuning telur
*2 sudu besar marjerin

Satukan water roux dan spounge dough serta bahan2 untuk doh biasa dalam satu bekas kecuali marjerin...uli hingga menjadi doh...bila dough dah sebati baru masukkan marjerin...uli sampai doh menjadi elastik...atau doh boleh ditarik nipis...bila nak bentukkan doh tu sapu sedikit minyak pada tapak tangan supaya doh x melekat...pastu blh la di bakar dlm oven lebih kurang 10 hingga 15 minit...ikut oven masing2 ye...suhu lebih kurang 175c....selamat mencuba ye...

Tuesday, January 29, 2013

Resepi SoSeJ Bun

Salam semua…tgh2 mlm ni sekali lagi fiza nak tayang sosej bun yg fizabuat lepas solat maghrib tadi…projek ni untuk jualan esok…he he he…saja ja…hari ni fiza terlampau la rajin…sbb rajin hapdet blog…rajin masak…ha ha ha…***puji diri sendiri jap….yer la…kalau x puji diri sendiri sapa lagi nak puji kan…ha ha ha…roti ni dah pernah tayang dah...kat SINI...tima kasih buat en.Mat Gebu sbb sudi share resepi yg mabeles ni...so kita layanzzz resepi yer…(^__^)….


 roti yg sudah di balut...mcm2 pesyen...ha ha ha


Resepi :- fiza-sham
 

BAHAN DOH ROTI :-)

300 gram tepung gandum
50 gram gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca besar penuh susu tepung
1 camca teh bread improver
1 camca teh bread softerner
30 gram telur (pukul 1 biji telur, dan timbang 30 gram)
6 gram instant yeast (mauripan)
30 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna breadmaker guna air biasa)

BAHAN LAIN :-)
14 batang sosej
Telur untuk disapu (baki 30 gram tadi)


CARA MEMBUATNYA :-)

1.      UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali air, gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Kemudian uli hingga mendapat doh yang elastik, lembut dan tidak melekat dimangkuk adunan, uli 10 - 15 minit tanpa henti. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on"..tunggu hingga siap.
2.    UNTUK SOSEJ ROLL :- Sosej dicelur sekejap dalam air panas, toskan dan biar sejuk, lap kering dengan paper towel. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja. Ratakan doh dan ratakan. Potong kepada 14 jaluran sama saiz. Ambil 1 sosej, dan lilit dengan 1 jaluran doh tadi, pastikan ianya bertindih, dan hujung doh, selitkan dibahagian bawah doh. Kemaskan san susun dalam layang pembakar. Buat hingga siap. Untuk cara melilit, anda boleh lihat di sini.....
3.    Sapu telur pada permukaan roti dan bakar dalam oven pada suhu yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan roti atas jaringan. Hidangkan...



Friday, June 24, 2011

Lagi-Lagi Roti


Assalamualaikum…projek ni fiza buat semalam…sampai pukul 3 pagi baru selesai buat projek roti ni…sbb masa awal2 tu Adriana nak makan char koay teow la pulak…bawa dia pegi makan kejap…masa balik tu pun dah dekat pukul 10 mlm…hurm…roti fiza buat atas permintaan adik ipo nak bawa makan2 kat opis dia…dia nak 25 biji tapi potong 2 bahagian…sbb tu nampak byk….he he he…Hurm…x mau la dok citer panjang2…so kita layanzzz….




Resepi ni fiza ambik dari DTS...fiza pernah letak kat dalam blog ni...KLIK SINI... tapi fiza letak la sekali lagi k...kalau2 korang segan nak carik...he he he....ma taceh cik Mat Gebu...Jom kita layan resepi SOSEJ BLOSSOM BUN....

Sumber :-) Dapur Tanpa Sempadan (Che Mat Gebu)

BAHAN-BAHANNYA

250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej, celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya






CARA MEMBUATNYA :-)

1.        UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
2.      Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
3.      Kemudian, bentukkan dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
4.     Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....
 



Monday, May 30, 2011

Roti Gardenia Bawang Putih Dan Chicken Soup...Dinner Untuk Malam Ni....



Malam ni kita feling2 sikit sambil makan makanan western…fiza buat gardenia garlic bread  dan chicken mushrom….si kak long punyalah suka garlic bread ngan chicken soup ni…sebenarnya dia pun feveret bukan chicken tapi mushrom soup….dah mushrom x de fiza buatlah chicken soup…laju jer dia makan…si adriana pulak x makan roti cuma hirup sup jer…hurm…apapun janji diaorang makan sudah….=)



Chicken sup ni fiza ambik resepi dalam buku masakkan…dah lama beli boleh dikatakan selalu jugalah buat mushrom sup dan chicken sup ni…sedap…lebih kurang cam pizza hut punya…he he he…garlic bread tu fiza buat sendiri…x beli yang siap punya….yang dah siap pun ada jual....bawang putih tu fiza tumbuk hingga halus…fiza x cincang sbb senang nak gaul ngan marjerin….lagi sedap…terasa dia punya bawang putih tu…he he he...so layanzzz....



Jom kita share resepi...
Bahan2 untuk Garlic Bread

10 Keping Roti Gardenia
6 Ulas Bawang Putih ~ Fiza tumbuk hingga halus
3 @ 4 sudu marjerin

Cara2nya =)

Gaul marjerin bersama bawang putih hingga sekata...kemudian bolehlah disapukan keatas roti dan bakar....boleh dihidangkan....siap

Chicken Soup...

Bahan2 Untuk Chicken Soup =)

50g tepung gandum**
3 sb marjerin**
2 ketul kiub ayam
1400ml air
100g Daging kisar Ramly (ayam)
Secubit garam
sedikit serbuk lada sulah

Cara2nya =)

Gaul bahan bertanda ** hingga menjadi doh...masak air bersama2 kiub ayam hingga mendidih...masukkan doh tepung tadi kacau hingga x berketul...kemudian masukkan ayam bersama sedikit garam dan lada sulah...siap bolehlah dihidangkan bersama2 dengan roti bawang putih tadi.....Selamat mencuba...=)