Rakan2 Yang Dihargai...

Tuesday, January 29, 2013

Resepi SoSeJ Bun

Salam semua…tgh2 mlm ni sekali lagi fiza nak tayang sosej bun yg fizabuat lepas solat maghrib tadi…projek ni untuk jualan esok…he he he…saja ja…hari ni fiza terlampau la rajin…sbb rajin hapdet blog…rajin masak…ha ha ha…***puji diri sendiri jap….yer la…kalau x puji diri sendiri sapa lagi nak puji kan…ha ha ha…roti ni dah pernah tayang dah...kat SINI...tima kasih buat en.Mat Gebu sbb sudi share resepi yg mabeles ni...so kita layanzzz resepi yer…(^__^)….


 roti yg sudah di balut...mcm2 pesyen...ha ha ha


Resepi :- fiza-sham
 

BAHAN DOH ROTI :-)

300 gram tepung gandum
50 gram gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca besar penuh susu tepung
1 camca teh bread improver
1 camca teh bread softerner
30 gram telur (pukul 1 biji telur, dan timbang 30 gram)
6 gram instant yeast (mauripan)
30 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna breadmaker guna air biasa)

BAHAN LAIN :-)
14 batang sosej
Telur untuk disapu (baki 30 gram tadi)


CARA MEMBUATNYA :-)

1.      UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali air, gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Kemudian uli hingga mendapat doh yang elastik, lembut dan tidak melekat dimangkuk adunan, uli 10 - 15 minit tanpa henti. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on"..tunggu hingga siap.
2.    UNTUK SOSEJ ROLL :- Sosej dicelur sekejap dalam air panas, toskan dan biar sejuk, lap kering dengan paper towel. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja. Ratakan doh dan ratakan. Potong kepada 14 jaluran sama saiz. Ambil 1 sosej, dan lilit dengan 1 jaluran doh tadi, pastikan ianya bertindih, dan hujung doh, selitkan dibahagian bawah doh. Kemaskan san susun dalam layang pembakar. Buat hingga siap. Untuk cara melilit, anda boleh lihat di sini.....
3.    Sapu telur pada permukaan roti dan bakar dalam oven pada suhu yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan roti atas jaringan. Hidangkan...



5 comments:

yan's cottage said...

salam kak fiza.....

mood tengah rajin lah kak fiza nie.....semalam piza hari roti sosej....rajin2....bolehlah hataq mai sikit......

ainnoraini said...

Bole la try nii.,.pizza pun nak buat jugak..semuanya sedappp

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

rajinnyer fiza buat roti utk jual.... mmg baguslah fiza ni..

Kakzakie said...

Nak buat jual kenalah cantik macam ini Fiza. Mata tengok terus terpikat nak membeli. Kalau dekat kakak pun nak beli juga.

mama sara nur said...

assalam fiza
nak beli satu he hee sedapkan budak2 suker ni