Rakan2 Yang Dihargai...

Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Monday, March 3, 2014

AyaM MaSaK KaRi PaKiSTaN KaK AMiE...PiZZa LaGi DaN LaGi...


pizza ni fiza buat untuk dinner...resepi dah letak dlm blog...guna resepi doh Che Mat Gebu...sedappp !!!



nampak ja merah tp x pedas pun....


Assalamualaikum dan selamat malam…baru sempat nak hapdet blog ni….kali ni fiza nak share resepi dari blog kak Amie's Little Kitchen…Ayam Masak Pakistan ni fiza buat tengah hari tadi...mmg sedap sgt…asben ngan anak2 punya la makan…sedap katanya….selalunya anak2 fiza ni kalau masak lain sikit payah sgt nak jamah…kali ni suka pulak…bertambah2 pulak makannya…..he he he…oklah meh kita tgk resepi dia…terima kasih kak Salami Simon dr Amie's Little Kitchen....t.kasih juga buat kak Maria Hakem rakan FB...sbb import jauh bebenor resepi tu...dr Cardiff...he he he...

Ayam Masak Kari Pakistan

Resepi:fiza-sham.blogspot.com
Sumber :Amie's Little Kitchen/ Kak Maria Hakem

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - potong ikut suka
4 biji bawang besar - cincang
4 biji tomato merah - cincang
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 cawan air
garam
1/2 cawan minyak
garam masala - jika suka (tak bubuh pun tidak apa - fiza x letak sbb x de)
hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan (x letak)

Cara2 :-)

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!)
5. Masukkan ayam dan gaul rata. 
6. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan garam (Amie tambah sedikit serbuk pati ayam).
7. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
8. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar. (x letak)




Saturday, May 11, 2013

ReSePi AyAM PeRCiK SiMPLe





Assalamualaikum…hari ni 11 mei bersamaan 1 Rejab…ada yg puasa x…kalau ada angkat kening…he he he….sempena sambut bulan Rejab ni fiza masak ayam percik…fiza x makan pun lagi x tahu ler rasa apa…tunggu azan maghrib jap lagi baru nak makan…anak2 ja makan…diaorg kata sodap…hurm…sodap lah kot….

kejap ja dah masuk bulan Rejab…pastu Syaaban…pastu Ramadhan….masa sekarang ni kejap ja…pejam celik pejam celik dah petang….pastu dah habis seminggu…pastu bertukar pulak bulan…tahun berganti tahun…isk kejap sungguh masa berjalan…dunia pun dah makin hampir dgn pengakhirannya…semoga kita cukuplah amalan nak dibawa kesana…takut sgt bila fikir nak kembali ke sana..moga dipermudahkan oleh Allah….

resepi ni fiza cedok kat blog ana-suzana…nampak cam senang ja…hari ni fiza x mau masak yg susah2…nak simple tapi sedap….gugel punya gugel jumpa resepi yg bg fiza kira simple n senang nak buat…tapi ayam ni fiza x bakar pun…sbb nak senang kan…ha ha ha…pastu ayamnya pulak fiza guna dada saja…sapa2 nak resepi asal blh la singgah blog ana ye…klik SINI….meh kita tgk resepi dia…

 masukkan bahan2 kisar...jgn buka api dulu yer puan2...


 letak cili giling...


 masukkan santan...kacau sebati....


 kemudian masukkan asam keping...garam dan serbuk perasa...


 masak sampai kuah jd pekat....pastu baru boleh angkat...


 tadaaa...dah pun siap...silalah jamu mata puan2 yer...he he he


Ayam Percik Simple

Resepi :- fiza-sham.blogspot.com
Sumber :- ana-suzana


Bahan2 :

~ 8 ketul dada ayam
~ 2 biji bawang besar ***
~ 2 inci kunyit hidup ***
~ 2 batang serai***
~ 2 cm halia***
~ 1 sudu kecil biji ketumbar***
~ 4 ulas bawang putih***
~ sedikit air 
~ 4 sudu besar cili giling ~nak pedas boleh tambah lagi...x nak pedas boleh kurangkan lagi
~ 1 keping asam
~ 2 cawan santan pekat
~ garam dan serbuk perasa
 
 Cara penyediaannya :-

kisar bahan2 bertanda *** hingga halus....kemudian masukkan ayam kedlm kuali...letak bahan2 kisar...cili giling...santan pekat...buka api perlahan yer...masukkan garam serbuk perasa dan asam keping...masak sampai kuah jd pekat...kemudian boleh angkat...nak bakar lepas tu pun boleh...just letakkan dlm oven bakar lebih kurang 30 minit....pastu boleh lah dihidangkan...fiza x bakar pun...he he he...selamat mencuba ya...
 

Thursday, May 9, 2013

AyAm PaLeMBaNG



Assalamualaikum…hari ni fiza nak tayang Ayam Palembang yang fiza buat pagi tadi…kali ni kaler hitam sbb kicap dah ada stok…he he he..beberapa minggu sudah fiza dah buat sekali ayam palembang ni…tapi kali tu versi kaler coklat…kali ni versi hitam2 si tampok manis gitu…he he he…asben fiza suka sgt ayam masak palembang ni…siap meratah2 lagi…suruh tambah nasik x mau tapi tambah lauk mau pulak… meh la kita layan gambar ayam palembang yg dah selamat disimpan dlm perut..nak resepi silalah KLIK DI SINI yer...so layanzzz….
 




Wednesday, April 24, 2013

ResEpi ReNDaNG aYaM HaRuM DaRi SeCuBiT GaRaM





Assalamualaikum…menu untuk t/hari ni fiza buat rendang ayam harum dari dapur Kak Nor Secubit Garam…family fiza suka sangat makan rendang…so kiranya ini cubaan pertama fiza lah dalam buat rendang ayam…nak masak rendang ayam ni simple ja…senang sgt…bahan2 pun x banyak…terima kasih buat kak Nor dan kak Dayang Jack sbb sudi kongsi resepi sedap ni...so meh la kita layan resepi ni…=)


Rendang Ayam Harum

Resepi :- fiza-sham.blogspot.com
 

Bahan-bahan :

1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan dibersihkan)
2 helai daun kunyit (dihiris)
3 helai daun limau purut
sedikit air asam jawa
 3/4 cawan santan
1 sudu besar kerisik
1 1/2 sb gula perang
2 batang serai (diketuk)
rempah 4 sekawan (buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang)
2 sudu besar cili giling/cili kisar
1 sudu besar serbuk kari daging (optional) 
sedikit garam

Bahan-bahan kisar :

1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas

Cara-cara :

Tumiskan rempah 4 sekawan bersama serai, bahan-bahan kisar, serbuk kari dan cili kisar/cili kering sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan ayam, daun kunyit, daun limau purut dan sedikit air. Gaul-gaulkan dan masaklah hingga ayam hampir empuk.
Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya dan masak hingga kuahnya pekat.