Rakan2 Yang Dihargai...

Tuesday, April 23, 2013

ReSePi MaSaK LeMAk LaBu ManiS




Assalamualaikum...t/hari ni saja nak share satu resepi simple sgt iaitu Masak Lemak Labu Manis…he he he…cadang hati nak buat Sira Labu tapi x jadi sira jadi masak lemak…ngeh…ngeh…ngeh…

fiza masak untuk lunch ari ni…saja ubah selera makan masak lemak pulak…muehahaha…fiza x berapa nak gemar sgt masak2 lemak ni tapi saja nak test pasaran dlm umah ni tgk…ada sambutan ke x…walaupun fiza x makan tapi kalau suami ngan anak2 makan fiza paling suka masak…rasa hepi sgt bila apa yg kita masak mendapat sambutan…he he he…sejak2 berblog ni fiza suka cuba resepi2 baru....walaupun benda camni simple tapi bg org yg x pandai masak cam fiza ni kira sesuatu yg boleh dibanggakan sbb dah tera sikit skil memasak tu…ha ha ha…

hurm…x mau la dok taip panjang2 ni meh kita salin resepi paling mudah ni…terima kasih buat penyumbang resepi ni….fiza minta ampun buat semua sbb fiza lupa mana fiza ambik resepi ni…apapun terima kasih buat tuan punya resepi…moga Allah jua balas jasa anda…insyaAllah…amin…




MASAK LEMAK LABU

Resepi :- fiza-sham.blogspot.com

Bahan-bahan

  • 1/2 biji labu - dikupas kulitnya dan dipotong kpd saiz yg sesuai (jgn terlalu kecik)
  • 1/2 biji bawang besar - dimayang
  • 1 biji cili merah - ditumbuk kasar
  • 2 sudu besar ikan bilis (ditumbuk), boleh ganti dgn udang kering tp xpayah tumbuk
  • santan (kalau cair letak 1 cawan, kalau pekat letak 1/2 cawan)
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya
  • sayur bayam/soo hoon

Cara-cara :-

1.      Letakkan labu yg telah dipotong dgn bawang merah, cili dan ikan bilis ke dalam periuk.
2.    Tambahkan air sehingga menenggelami labu. Kemudian, buka api.
3.    Biar sampai labu menjadi agak lembut (cucuk dgn garfu).
4.    Masukkan santan, garam secukup rasa. Tambahkan air jika mahu lebih kuah. Biarkan sehingga mendidih dan santan masak. 
5.     Akhir sekali, masukkan soo hoon atau bayam. Biar sekejap saja supaya tak terlampau lembik. Hidangkan.

 
Sekali lagi terima kasih tuan empunya resepi...walau siapa pun anda... terima kasih atas resepi sedap ni...=)...sori fiza lupa nak copy link...=) 



4 comments:

tun_telani said...

Salam kak foza, tun suka jugak makan labu masak lemak, tp xleh byk sgt labu dia tu. hasben tun xmakan lgsg, dia ckp xsesuai buah2 ni letak dlm lauk mkn ngan nasi. wat kuih je ok. hihi

tun_telani said...

erk.. typo nama akak.. sorry.. hihi

zmarl (ibu) said...

kak,lama tak masak lemak labu...hubby mmg suka sangat ni...kena lak ngan ikan masin dan nasik panas..

yan's cottage said...

sedap tu...makan ngan sambal belacan tambah pulak ikan masin aduh...tak boleh nak cakap punyalah sedap he heee.....