Rakan2 Yang Dihargai...

Friday, June 24, 2011

Lagi-Lagi Roti


Assalamualaikum…projek ni fiza buat semalam…sampai pukul 3 pagi baru selesai buat projek roti ni…sbb masa awal2 tu Adriana nak makan char koay teow la pulak…bawa dia pegi makan kejap…masa balik tu pun dah dekat pukul 10 mlm…hurm…roti fiza buat atas permintaan adik ipo nak bawa makan2 kat opis dia…dia nak 25 biji tapi potong 2 bahagian…sbb tu nampak byk….he he he…Hurm…x mau la dok citer panjang2…so kita layanzzz….




Resepi ni fiza ambik dari DTS...fiza pernah letak kat dalam blog ni...KLIK SINI... tapi fiza letak la sekali lagi k...kalau2 korang segan nak carik...he he he....ma taceh cik Mat Gebu...Jom kita layan resepi SOSEJ BLOSSOM BUN....

Sumber :-) Dapur Tanpa Sempadan (Che Mat Gebu)

BAHAN-BAHANNYA

250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej, celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya






CARA MEMBUATNYA :-)

1.        UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
2.      Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
3.      Kemudian, bentukkan dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
4.     Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....
 



12 comments:

YANA SHAIFUL said...

byknya roti..antar Kepala Batas skit hehee

BlueberrY CheesE said...

fizaaaa...laparr ni. kalo boleh ambil dr skrin laptop ni kan best. huhu.gerammm. sedapppp!

Hafizah Mohamad said...

@YANA SHAIFUL...kalau yana kat sebelah mmg kak fiza hantar dah dear...he he he

Hafizah Mohamad said...

@BlueberrY CheesE...he he he...kalau la lappy ni jadi ajaib boleh ambik camtu ja kan best...kita x payah susah2 nak masak...betul x...he he he

kzai said...

salam ziarah fizah...lagi..lagi roti pun xpe..mmg sedap wat roti sendiri dr yg dibeli

Hafizah Mohamad said...

@kzai...salam kunjung kak zai...he he he betul la...bila buat roti ni jadi puas makan...hasil air tgn sendiri...lagi satu kita tahu yang roti buatan tgn kita ni bersih...he he he

ani said...

fiza:sedapnyaaaaaaaaaaa...nanti nak cuba resepi ni la pulakkkk

Nieza said...

sedapx2...nieza pun suka guna resepi CMG ni..memang best:)

Hafizah Mohamad said...

@ani...cuba ani mmg puas hati...=)

Hafizah Mohamad said...

@nieza...mmg bestkan resepi ni...fiza pertama kali buat terus menjadi...he he he mmg x tukar dah...selalu ambik resepi ni jer...he he he

Mamasya said...

Roti homemade... baru keluar oven tentu wangi je..dah lama betul tak meroti.nengok durian kat bawah tu tak tahan...sedapnya mkn dgn pulut...

ainnoraini said...

roti sedap ape fiza..
kalau kat umah kak ain sekejap jer selesai dimakannye roti tu...