Rakan2 Yang Dihargai...

Tuesday, May 17, 2011

Nasi Minyak Kismis


N3 malam ni Fiza nak share satu resepi nasi…Nasi Minyak Kismis…Fiza dah lupa kat mana Fiza jumpa resepi ni...apapun terima kasih buat tuan punya resepi... nasi ni Fiza buat hari Jumaat yang lepas…baru malam ni nak hap det…sbb hari jumaat tu blog problem x boleh log in…lepas tu sibuk jew memanjang x sempat nak hap det…sekarang ni baru teringat nak hap det…nasi minyak ni Fiza makan dengan ayam masak merah n acar timun…niat sebenarnya nak buat ayam bakaq Sarawak…tapi masa buat nasik minyak tu husband keja…selalunya husband Fiza yang bakaq ayam ni…Fiza jenis pemalaih sikit nak main2 ngan asap ni…he he he…so layanzzz…



 Nasi Minyak Kismis =)


  •  700 gram beras
  • 100 gram bawang besar dihiris
  • 50 gram halia dihiris
  • 50 gram bawang putih dihiris
  • 30 gram daun pandan
  • Kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bunga cengkih
  • 200 gram minyak sapi
  • 300 gram susu segar
  • Garam secukup rasa



Bersihkan beras dan toskan airnya.
Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang besar, halia, bawang putih bersama kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, kismis dan daun pandan.
Masukkan beras ke dalam periuk tumisan, kemudian masukkan air dan susu segar serta garam.
Tutup periuk tetapi hendaklah dikacau sekali sekali dengan api perlahan.
Selepas masak dan sedia untuk dihidangkan.SELAMAT MENCUBA...


3 comments:

Farah Shamsudin said...

wahh.. bestnye.. memang nak kena minyak sapi juga ke?

cik cek said...

Wah! pagi2 dah jamu mata ngan nasi minyak....he he he...perut lapo ni fiza...:)

Hafizah Mohamad said...

@Farah Shamsudin...fiza guna marjerin ja...x pakai minyak sapi tapi kalau pakai minyak sapi lagi best rasanya....


@kak cik cek...he he he cuba kak cik cek...akak senang la ada PA yang nsem....ha ha ha