Rakan2 Yang Dihargai...

Tuesday, June 14, 2011

Rojak Buah-Buahan


Hari ni fiza nak share satu resepi rojak buah…kuahnyer sedap…tapi sayang buah jambu n mempelam x de…husband cari kat market x de jual…kot dia x jumpa x tahu ler…he he he…yang ada cuma timun…nenas…sengkuang dan special sikit campur buah pala…resepi kuah rojak ni fiza jumpa kat FP kak Hajar…mmg sempoilah resepi ni…so layanzzz…=)


Buah pala segar…ambik kat rumah mentua…=)



Model cilik...wah nampak jer fiza nak ambik gambo dia pun sibuk nak masuk jugak...he he he



Yang ni Fiza punya...jemput makan semua....

 Jom kita salin resepi pulak....yang ni fiza buat sikit jer...kalau nak resepi asal boleh cedok dekat FP Hajar k....=)
Sumber asal : Hajar FP

Bahan2 :)

1 cawan tomato sos  
1 cawan kicap
10 biji cili padi-diblend
+- 1/2 cawan gula atau terpulang
1 cawan gula merah
2 camca besar pes otak udang
1/2 cawan air
1 sudu tepung jagung ~ untuk bagi pekat kuah
Kacang tanah goreng tanpa minyak & dikisar- lagi banyak lagi best

Adriana n rojak buah...

Cara-cara untuk memasak =)

 1. Masak kesemua bahan (kecuali kacang tanah) atas api sambil dikacau hingga mendidih
2. Bila dah mendidih dan berbunga kuah tu boleh la masukkan tepung jagung hanya untuk memekatkan kuah...boleh ditutup apinya...dah siap untuk dihidangkan bersama buah2an yg disukai spt buah pala, nanas, sengkuang dan mentimun kemudian taburkan kacang yang dikisar tadi…sodap…selamat mencuba....he he he



Yang ni husband punya...lps makan malam tadi dia request nak makan rojak pulak...so buatkan jer la....



Taburkan kacang biar banyak2...baru sodap...=)



Hanya buah2 ni n buah pala je yang tinggal untuk buat rojak...layan jer la...(^^,)



No comments: