Rakan2 Yang Dihargai...

Saturday, September 8, 2012

KEROPOK LEKOR =)

N3 kali ni nak share resepi kopok lekor....selalu kita beli jer kat pasar2 malam yg dah siap grg atau yg blm grg lagi...tp kali ni meh kita pakat2 cuba buat sendiqi...lagi puas hati...try la...mmg jd...InsyaAllah...resepi ni fiza ambik dlm MyResepi...dah lupa link dia...apappun t/kasih buat tuan empunya resepi....so layanzzz...



































Bahan-bahan ( resipi untuk 10-12 batang keropok )
  • 1.5 kg Ikan sardin/ikan mata besar
  • 500g tepung sagu/kanji
  • sedikit jus asam jawa
  • garam & MSG secukup rasa
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Sedikit ais
  • 2 sudu besar tepung gandum (hanya di gunakan semasa menguli ataupun ditambah ke dalam aduan jika adunan sedikit lembik)                                                                                                            
  • Untuk proses merebus..kita perlukan seperiuk air dan sedikit minyak masak. 

Cara-cara
  • Bersihkan ikan, ambil isinya..buang semua tulangnya
  • Isi ikan ditumbuk hingga sedikit hancur..jgn terlalu hancur.(fiza mesin sbb malas nak tumbuk)
  • Isi ikan yg telah ditumbuk tadi campurkan dgn sedikit jus asam jawa (nk bg hilangkan hanyir ikan) & selepas itu perisakan dgn garam & MSG.
  • Masukkan ais sedikit selepas itu boleh masukkan tepung sagu/kanji. Uli sehingga menjadi doh. Kalau melekat barulah masukkan tepung gandum.
  • Rebuskan seperiuk air & letakkan 1 sudu besar minyak (supaya keropok tak melekat). 
  • Mulakan membentuk adunan panjang2 mengikut ketebalan yg diingini.. 
  • Dah siap di bentuk masukkan keropok dlm air yg mendidih,apabila ia timbul ini menandakan keropok anda sudah masak.
  • Apabila keropok dah ditoskan, biarkan sejuk & barulah bleh dipotong dan di goreng..boleh makan dgn sos nya.. 
  Bahan2 Untuk Sos :)

  • 15 btg cili kering
  •  5ulas bawang merah, 
  • 5ulas bawang putih, (3 bhn ini di kisar halus),
  • sedikit jus asam jawa,
  • sedikit air, 
  • Gula merah/manisan kelantan, garam, sedikit cuka,
  • Sedikit bancuhan tepung jagung (utk memekatkan),

Cara-cara 


bahan-bahan kisar di masak dgn sedikit air...bila dah mendidih masukkan gula merah,garam,jus asam jawa, sedikit cuka dan bijan. Jika sos tidak pekat barulah masukkan bancuhan tepung jgung.

    No comments: