Tadi tengahari fiza try buat kerabu kaki ayam...sbb kaki ayam berlambak2 dlm peti es...x tau nak masak apa selain dari sup kaki ayam...saja cuba buat lain dari yang lain....mungkin ni percubaan pertama dan terakhir la kot sbb big bos cakap....lepaih ni jgn buat dah na...ha ha ha...nampak sgt x suke...huhuhu...fiza mmg x makan kaki ayam ni...kalau fiza buat sup cuma anak2 ngan asben ja yg makan ...ntah sbb apa x boleh nak makan...ha ha ha....resepi ni fiza kopi pes kat blog kak madihah a.k.a Ratna ya...kalau nak resepi yg asli leh la jenguk blog beliau na...resepi ni fiza just tambah suhun saja....sbb fza suka suhun....so kita layanzzz la resepinyer yer...(^^,)
Resepi
: Suka Duka Kehidupan
Sumber
: MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
10
pasang kaki ayam (20 ketul) ~ bersihkan & potonglah apa2 yg patut..
2 labu bawang besar*
10
biji cili padi* (boleh kurangkan atau lebihkan)
1 kuntum bunga kantan *
2batang serai*
1 biji tomato ~ potong kiub
3 sudu besar sos ikan nampla~fiza x de sos ikan jadi guna sos sotong
2 biji limau nipis ~ ambil jusnya (boleh lebihkan kalau suka lebih masam)
1/2 sudu besar gula
Sedikit suhun
Cara2 menyediakan
1.
Kaki ayam direbus sehingga betul2 empuk. Bila dah empuk angkat & masukkan
dlm tapis & siram dengan air panas. Ketepikan dahulu.Suhun di rendam dan
dicelur dgn air panas...pastu toskan ia...=)
2.
Semua bahan2 bertanda* dihiris. Serai pula dihiris betul2 nipis & semua
bahan hiris dimasukkan dalam satu bekas.
3.Campurkan kaki ayam yang dipotong tadi bersama2
bahan hiris. Masukkan tomato yang dihiris, sos ikan, jus limau nipis,suhun
& setengah sudu besar gula. Kacau rata2 sehingga mesra. Bolehlah
dihidang segera..
6 comments:
jgn sedeyy ye teruskan usaha ..insyaallah
kerabu kaki ayam , dah dgr org cerita bagus makan kaki ayam ni kan elok utk sendi2 kan tp sy blm cuba la he he masih x blh kalu sup tu okey hirup kuahnya
salam kak fiza....
kerabu kaki ayam.....yan nie sebenarnya tak pernah makan kaki ayam....jangan kata kaki benda2 dalaman ayam pun tak makan....jadi tak dapat nak merasa lah....kerabu nie.....
suami akak langsung tak suka kaki ayam.. kalau dimasak mmg akak sorang jelah yg mkn.. hehe.. tak sedap ke? maybe penggunaan sos lain tu yg 'tak bangkit' agaknya.. sos ikan nampla tu antara bahan penting dlm kerabu atau dlm masakan thai terutamanya...
sama lah kita Mama Sara Nur...fiza pun x boleh nak makan gak kaki ayam ni...ntah la sbb apa...=(
Wasalam Yan...kak fiza pun kutip suhun2 ja...kaki ayam x makan...ha ha ha....tp benda dlman ayam ni kak fiza makan....he he he
suami fiza ngan anak2 suka kaki ayam ni...kalau buat sambal tumis ka sup ka...mmg berebut2 makan...he he he
Post a Comment