yg ni fiza cilok dr en.gugel...tp mmg jenama ni la fiza beli tadi...
Assalamualaikum...pagi
tadi lepas bawa anak dara fiza pi follow up dgn pakar ENT terus singgah GIANT
sbb nak beli sikit barang...opkos la nak cari cuka epal...sbb dok rujuk kat
internet ni cuka epal ni bagus untuk menurunkan berat badan...ntah sbb apa penurunan
berat badan makin kurang memberangsangkan...ha ha ha...yerlah kan balik kg hari
tu semuanya fiza bedal...makan tu x hengat...pastu naik balik berat...hadoi
tension bila berat naik ni...dah la susah nak turun...sekarang ni fiza x sangat
ikut diet ATKINS tu...cuma sekarang ni x ambik nasik...me...bihun dan yg
seangkatan dengannya....tapi roti fiza makan juga...mana tahan nak telan
telur...ayam...dgg...ikan ja hari2...jemu yo....ha ha ha…byk juga la khasiat
cuka epal ni…info2 ni fiza gugel kat internet....=)
Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya
dari Jabir Bin Abdullah (r.a.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang
hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami
tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL (cuka)”, lalu Baginda pun
memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”.
(Dikeluarkan oleh Muslim 2052)
Baginda SAW ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.
Baginda SAW ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.
HADIS
Rumah Yang Menyimpan Cuka Tak Akan Menderita
Dari Kemiskinan.Diriwayatkan Oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi “Cuka Adalah Kemudahan
Bagi Manusia” Diriwayatkan Oleh Muslim “Allah Telah Meletakkan Berkat Dalam
Cuka, Ia Digunakan Oleh Para Nabi Sebelum Aku”, Diriwayatkan Oleh Aisyah,
Muslim Dan Ibnu Maja
Nabi Muhammad (Saw) Suka Kepada Cuka.Jabir
Menceritakan, "Suatu Hari Rasulullah Memperlawa Saya Ke Rumahnya. Dia
Dihidangkan Roti. Dia Bertanya: 'Adakah Apa-Apa Sos Perasa?" Mereka
Menjawab "Tidak, Hanya Ada Cuka." Nabi Berkata, “Cuka Adalah Sos Yang
Baik.” Jabir Pernah Berkata, “Aku Menyukai Cuka Sejak Aku Mendengarnya Daripada
Nabi Allah.” Naf'a Berkata, “Aku Menyukai Cuka Sejak Aku
Mendengarnya Daripada Jabir.”[Muslim, Abu Dawud, Nasa'i]
Khasiat
Cuka Epal (Khal)
Cuka epal (Apple Cider Vinegar) memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi. Ia telah lama digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh orang- orang Greek dan Mesir. Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semula jadi. Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan. Ia mula popular setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal diminum setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).
Antara khasiat cuka epal ialah:
1. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
2. Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.
Epal Cider atau cuka epal bukanlah sesuatu yang baru. Sejak 10 ribu tahun dahulu, ilmuan perubatan telah menggunakan epal cider dicampur madu sebagai tonik kesihatan untuk merawat pelbagai jenis penyakit dan mengekalkan kesihatan.
Di Malaysia, kebanyakan keluarga ada menyimpan dan mengamalkan minum cuka epal setiap hari. Namun, masalah utama adalah rasa dan bau cuka epal yang tidak enak.
Tahukah anda bahawa cuka epal digunakan sebagai tonik kuat tentera Julius Ceaser dan pahlawan Samurai jepun?
LAGI KHASIAT CUKA EPAL
1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.
2 comments:
bagusnya khasiat nya kan, nak cari jugaklah he he tqqqqqqqq Fiza utk info yg baru akak tau ni
Fiza pun baru ja tau kak...sbb tu kalut nak pi cari kelmarin....pg ni dah try tp punyalah masam rasanya...bau pun kurang menyenangkan...huhuhu
Post a Comment