UNTUK
PENGETAHUAN,
ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…“Suami saya bekerja
sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang
menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor
tersebut. Doktor itu memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka
sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka
akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor
tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama
sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang
pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya
perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi
sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Seperti kata doktor
tersebut, sakit kepala disebabkan
ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli
sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar
1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Malah ada yg pernah
mencuba kaedah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan
memberi tekanan darah menurun dari kepala kita.Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita
mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada kita.Malah kita
perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita
semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, kita
akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan kita akan diberi dos yang
kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika kita
terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup kita, seperti
mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang mereka
alami dan mereka memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa
sakit. Adakah kita sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan kita.
Fikir dulu sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut kita.
13 comments:
Assalamualaikum Fiza :D
Dulu Kak Lin selalu sakit kepala, Panadollah ubatnya tapi semenjak Kak Lin kena demam denggi dan dimasukkan ke hospital, Sakit kepala Kak Lin dah baik semenjak tu Kak Lin tak ambil panadol.
Bila baca cerita ni mmg Kak Lin tak akan ambillah jawabnya..
Aslmkum Fiza. kalau sakit kepala...demam ke terus teringatkan penadol tp kesannya mmg tak bagus....
waalaikumussalam kak lin...fiza dulu pun masa anak dara pun selalu ambik panandol juga utk hilangkan senggugut...fiza dulu senggugut tu mmg teruk...sekarang ni lepas dah lahir anak kedua kurang dah sakit...pastu bila dah tau kesannya mmg dah x ambik dah....he he he
waalaikumussalam MamaSya....teringat tang kesan tu yg takut tu...he he he
assalam
tq info buat sy ni, takut pula bila tahu sblm ni panadol dibw kemana-mana mcm kawan karib dah.. rasanya tak terkira byknye yg telah akak telan..maknanya entah berpuluh tahun nk hancur..bayangkan dlm seminggu mesti telan 2,3 kali..bila migrain dtg dgn stress lg hu hu
alhamdulillah skrg x beli sb dah jarang pening atau sakit
Salam perkenalan, seram jugak baca ni...tapi ubat-ubat chemical ni semuanya ada kesan sampingan yang tak elok utk badan.
sama2...sharing is caring...he he he
Salam perkenalan juga....betoi tu...semua ubat2an ada kesan sampingannya cuma kita ja yg x tau...huhuhu
salam kenal....
follwes ke 84
mengenai ubat 2 ni....yan memang tak pernah ambil langsung...
sebab jarang kena demam lagi kalau sakit sikit2 tu buat tak layan je.....nanti sendiri sembuh he heeee.....
Aslmkum Fizah. tkasih atas doa dan wish anniversary akk...
salam perkenalan dan selamat datang ke rumah fiza...=)
wa'alaikumusalam MamaSya....sama2...=)
Post a Comment