Resepi : fiza-sham
Sumber :
DayangJack@DapurKu SaYang
Pizza base I :
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil yis segera mauripan
- 2 sudu besar susu tepung
- 160 ml air suam
- 1 sudu besar gula halus
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
- 1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair
Cara-cara :
1. Rendam yis bersama
air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
2. Dalam mangkuk/bekas
berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya
menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis
tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
3. Simpan doh di dalam
satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama
45-50 minit.
4. Panaskan oven pada suhu
180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
5. Keluarkan doh dari
bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh
di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu
dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
6. Cucuk permukaan doh
dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus
pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia
rehat selama lebih kurang 10 minit.
7. Bakar doh selama 7-10
minit. Kemudian keluarkan dari oven.
8. Akhir sekali ratakan
dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju
dan taburkan keju parut.
9. Bakar selama 20 minit
atau hingga keperangan.
untuk menyusun
topping : Sapukan sos tomato dan mayonis di serata doh pizza, diikuti dengan
toppingnya. Kemudian tuangkan sos keju di atasnya dan taburkan dengan keju
parut dan oregano. Bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.
Topping/Filling : (2 large pizza)
- 400 g daging cincang (dicincang/minced)
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
- 1/2 botol sos spagetti mushroom (lain-lain pun boleh)
- sedikit garam dan gula
- 3 sudu besar mentega
untuk hiasan :
- sedikit oregano kering (fiza ganti dgn mixherbs)
- cendawan shitake
- hirisan nenas (x letak)
- hirisan kapsikum (x letak)
- hirisan bawang besar
- keju parut
- lain-lain ikut suka
Cara-cara : Panaskan
mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai perang.
Masukkan minced beef/chicken dan kacau rata-rata. Biarkan ia kering seketika.
Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau hingga pekat/kering.
Untuk Sos Keju :
* 1 1/2 cawan susu
segar
* 1 sudu besar
mentega
* 1 sudu besar tepung
gandum (dibancuh dgn sedikit air)
* 100g cream cheese
* sedikit lada sulah
* sedikit gula dan
garam
Cara-cara : Cairkan
mentega di dalam periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju. Kacau hingga
keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah, gula dan garam. Kacau lagi
hingga pekat.
2 comments:
sal;am kak fiza.......
sedap2.....mai nak sepotong dua.....telioq nie......
wasalam Yan...meh pinggan kosong nak bg...ha ha ha...anak2 kak fiza suka sgt mkanan omputih ni...saja try n error...ha ha ha
Post a Comment