Rakan2 Yang Dihargai...

Sunday, February 3, 2013

ReSePi SuP KiM ChI KoReaN FooD




Assalamualaikum…selamat berhujung minggu…hari ni korang masak apa ya…hurm…mesti sedapkan sbb boleh masak sendiri untuk familia…hari ni fiza nak tayang menu yang fiza masak hari ni…SUP KIM CHI….dan daging grg kunyit.



 

Sup KIM CHI ni fiza ubah sikit untuk selera famili fiza…x de la nak ikut sebijik2 cam dlm resepi tu…fiza ada tambah suhun sikit dlm sup tu…kan fiza pencinta tegar suhun ni…ha ha ha…sedap…sekarang ni misi nak cari KOREAN RICE FLOUR…ataupun kek beras Korea yg sedap tu….dah cari kat giant x dak plak…kalau la sapa2 yg tau kat mana ada jual rice cake korea tu minta tolong bgtau fiza ya…nak cuba buat Spicy Rice Cake atau Ddukbokkie…sedapnyerrr….so layanzzz la gambar2 ni ya…









Resepi Sup Kim Chi :-

Bahan2 :-

  • 1 mangkuk kim chi
  • 1 mangkuk daging
  • 1 labu bawang besar*** dikisar halus
  • 1 mangkuk air
  • 5 ulas bawang putih***dikisar halus
  • 1 genggam cili kering ***dikisar halus
  • 3 biji tauhu***dipotong dadu
  • secubit garam
  • sedikit serbuk perasa
  • sedikit minyak             

Cara Penyediaannya :-

Tumis bahan2 yg dikisar biar sampai cili masak kejap…boleh kata pecah minyak la…cam kita nak buat asam pedas tu…he he he…pastu masukkan daging…biar masak kejap…pastu masukkan air…biar didih kejap…boleh masukkan kimchi dan sedikit air kimchi….rasa dulu..kalau dah masin x yah masukkan garam kalau kurang garam tambah sikit garam…pastu masukkan serbuk perasa….akhir sekali masukkan tauhu…masukkan last sekali sbb nanti tau tu hancur plak…tapi asben fiza cakap tauhu ni kalau goreng pastu letak dalam sup ni…mesti sedap lagi…he he he…pasni boleh try versi grg tauhu plak yer…selamat mencuba yo….

1 comment:

nurulhuda alias said...

best kan kimchi?

xsabar nak cuba buat :)

http://vitaminboutique.blogspot.com/