Rakan2 Yang Dihargai...

Saturday, March 1, 2014

PiZZa LaGi DaRi ChE MaT GeBu


Assalamualaikum….kali ni nak tayang pizza yg fiza buat untuk makan tengah hari tadi….resepi ni fiza ambik kat rumah CMG @ Tiffinbiru…kali ni mmg puas hati la resepi doh ni…mmg kena dgn mulut fiza…lembut sangat rotinya…insyaAllah lepas ni akan guna lagi resepi doh ni….kalau nak resepi asal blh la singgah kat blog CMG yer….Sini…oklah x nak taip panjang2 sila la ambik resepi kat bawah ni yer….






Pizza Gebu Dr Che Mat Gebu

Resepi :-fiza-sham.blogspot.com

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)

300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN-BAHAN PIZZA GEBU :-)


6 batang sosej ayam potong 2  belah tengah
4 hirisan gegelang red capsicum
4 hirisan gegelang green capsicum
175 g keju mozzarella di sagat
Sos tomato dalam botol secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
 
1.      UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.
2.    KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
3.    UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, bulatkan dlm 50g dan bulat2kan…susun atas dulang pembakar….Susun bahan untuk pizza atasnya dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran.

3 comments:

Mel said...

assalam kak fiza. dua tiga hari lepas pun baru buat pizza. Sejak dah tahu buat sendiri ni, makan pizza memanjang..Boleh letak topping banyak2 la katakan..

nasib baik baru buat, kalau tak datang terjah rumah kak fiza ni..hehe

Unknown said...

mmg nampak sedap

makcikkantin said...

haaaa tu dia......lama dah makcik dok makan kerabu jantong tu....:)) harini boleh makan pizza dah.

Dulu2 makcik buat piza, boh mcm2 filling (satu ketika makcik juai pizza :))...it was fun

Lani anak2 tak suka filling penuh...kadang cheese saja, kadang bwg/capsicum saja. teringin juga nak cuba buat semula....tapi cuma ada 2 org di rumah...sapa nak makan? hehe