Rakan2 Yang Dihargai...

Friday, April 1, 2011

Dunkin Donut Versi Kak Besah…


Tajuk tu bukan main lagi….ha ha ha…semalam masa dok berFB…tiba terperasan satu tajuk kat myresepi….Donut Kak Besah….mmg saya puji la donut ni…lembut… tak padat…saya mmg suka donut macam ni…sodap…so layanzzz…



Inilah rupanya donut saya…hurm…




Sedap coklat masakkan ni…thank’s Zu sbb dia yang bgtau …he he he




Dunkin donut versi I…ha ha ha




Donut ni versi melayu…tabur gula…layanzzz…



Jom Check Resepi….

Donut Kak Besah


Bahan-bahan ( - )
  • 600 gm tepung gandum
  • 1 bungkus yis mauripan
  • 2 biji kentang rebus
  • 1 biji telur besar (jika kecil- 2 biji)
  • 1/2 cawan gula pasir (2 sudu besar)
  • 1/2 cawan marjerin (2 sudu besar)
  • 1/2 sudu garam
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu susu tepung
Cara-cara
  1. campurkan tepung,susu dan yis kering rata2.
  2. blend dgn blender cili sume bahan2 yg lain. hingga sebati.
  3. uli tepung dgn bahan2 yg diblend tadi hingga kenyal. kalau kurang air - tambah saja, kalau trlembik tambah lg tepung. biar kembang lebih kurang satu jam.
  4. bulat2 kan doh sebesar bola pingpong lalu dileperkn sedikit.biar mengembang sekali lagi lebih kurang sejam.
  5. apabila hendak digoreng buat lubang ditghnya dengn jari.goreng dgn api perlahan supaya dalamnya masak. 
  6. tabur dengan gula kaster/halus atau salut dengan coklat..

No comments: