Rakan2 Yang Dihargai...

Tuesday, April 19, 2011

Karipap lagi…


He he he kali ni demam karipap…he he he….ntah sbb apa suka la nak try buat karipap pusing ni… resepi ni fiza ambik dalam belog CMG…tapi fiza olah sikit dekat intinya…kalau nak resepi asal boleh rujuk kat sini k…bangga giler bila masak sesuatu tu menjadi… perasaan nak cuba yang lain pulak berkobar2…ha ha ha…walaupun fiza x berapa gemo inti ubi ngan daging atau ayam…hurmmm…tapi husband sukeeee….tu yang penting…dia cakap puas makan yang fiza buat sbb intinya cukup rase…wah bangga mak cik…pastu call mak bagitau yang fiza dah boleh buat karipap…tahu mak cakap ape…oh bagus…bagus…dia doakan fiza berjaya…ha ha ha…x bangge ko…yer la anak dia ni dulu paling malaih n paling x qeti masak-memasak ni…tetiba bila dah boleh berbelog ni jadi tera masak plak…hah bangga ler dia…*yang tu fiza yang tambah…wakakaka….oklah x nak celoteh panjang lagi nanti korang cuba la pulak yer…senang jew…wah tunjuk hebat la pulak…keh keh keh…so layanzzz…











Jom salin resepi lak….

BAHAN PASTRY :-)

A...
  • 260 g tepung gandum
  • 50 g margarine
  • 20 g gula halus
  • 1/4 camca teh garam
  • 140 ml air (kurang lebih)
B...
  • 180 g tepung gandum
  • 80 g lemak sayur (shortening) ~ fiza guna bater…
BAHAN INTI :-)
  • 5 biji kentang, kupas, cuci dan dadu kecil dan rendam
  • 150g isi ayam
  • 1 biji bawang besar didadu
  • 2 biji bawang merah @ kecil**
  • 2 ulas bawang putih**
  • 1/2 inci halia**
  • 1 camca lada hitam**
  • 1 camca besar sos tiram
  • 4 camca besar rempah kari
  • 2 camca besar serbuk lada hitam
  • 1 camca besar gula
  • 2 camca besar minyak masak
  • Kicap cair secukupnya
  • sedikit  air

UNTUK PASTRY :- korang boleh rujuk cara2 nak buat pastry ni kat blog CMG

  • Satukan semua bahan2 "A" kecuali air, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit sambil terus diadun hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Ketepikan. (Jangan risau jika air tidak habis digunakan).
  • Satukan pula bahan "B" dan adun hingga menjadi doh. Rehatkan doh "A" dan "B", selama 20 minit. Kemudian bagi dua setiap doh, biar sama besar. Bulat2kan. Ambil 1 bahagian doh "A", leperkan sedikit, letak atasnya doh "B", kemudian balut hingga menutupi doh "B" tadi. Buat kaedah yang sama untuk 1 bahagian doh lagi. 
  • Ambil satu bahagian doh, canai membentuk 4 segi, buat lipatan kemudian canai lagi dari arah depan hingga ke hujung, canai juga bahagian tepinya, hingga mendapat ketebalan lebih kurang 2mm. Gulung doh tadi dari depan hingga ke hujung seperti swiss roll.
  • Rapikan gulungan tadi dan potong kepada 8 bahagian. Buat kaedah sama untuk bahagian doh yang satu lagi. Ambil 1 potongan. Leperkan sedikit dan canai lebih kurang 3mm, isi inti dan kelim seperti membuat karipap biasa. Buat hingga siap.
  • Goreng hingga kuning keemasan, gunakan api sederhana sahaja. Jangan goreng banyak seentak, mat goreng 2 - 3 biji sekali goreng, berhati2 semasa membalikkan karipap. Angkat dan toskan minyaknya, letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Boleh dihidangkan....
UNTUK INTI :-)
  • Tumbuk hingga lumat bahan2 bertanda**…Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan sos tiram dan sedikit air, gaul rata dan tumis hingga garing. Masukkan ayam dan kentang. Masukkan sedikit air dan biar hingga kentang empuk.Masukkan gula, serbuk lada hitam dan kicap cair secukup rasa. Masak hingga kering. Alihkan dalam bekas lain dan biarkan sejuk..
 

No comments: