Rakan2 Yang Dihargai...

Monday, April 18, 2011

Karipap inti sardin

 Assalamualaikum….petang ni hujan la kat Bayan Baru…kalau makan karipap panaih2 dengan teh O…fulamak terangkat…he he he…hari ni pulak cik abg balik awai dari keja so senang la….bg dia makan panaih2…he he he…resepi ni Fiza jumpa kat MyResepi…tima kasih buat nasuha1523@myresipi.com…kalau ikut resepi asal inti ubi n daging…tapi fiza x berapa gemar karipap inti ubi n daging…so fiza buat inti sendiri…ubi n sardin…he he he…kalau nak resepi asal boleh rujuk kat sini k...so layanzzz...


Pertama kali fiza try buat karipap…dan menjadi…he he he




Selalunya beli jew...kali ni buat sendiri...ayo tangan sendiri...bangga giler...ha ha ha


Jom kita share resepi....♥♥♥

 Bahan-bahan untuk Doh Karipap :

  • 500 g tepung gandum - diayak
  • ½ sd besar garam
  • 94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.
  • 1 biji telur
  • ½ cawan ais
  • 250 ml air
  • Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai 


Doh :

  • Masukkan tepung dalam mangkuk.
  • Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
  • Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam.
  • Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .
  • Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng. (fiza tekan dengan garpu…ha ha ha senang sbb x pandai nak klim tu…)
  • Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.
  • Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.
Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.           

Bahan-bahan inti =)

  • 300g bawang besar dihiris
  • 500g kentang dipotong dadu
  • 230g sardin cap ayam brand
  • 1 sudu teh asam jawa…fiza guna paste asam jawa adabi
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • Sedikit serbuk perasa…kalau x nak guna serbuk perasa boleh ganti dengan gula….
 Cara-cara =)

Tumis bawang hingga layu kemudian masukkan kentang yang dipotong dadu…biar dalam 15 minit baru masukkan sardin…biar mendidih masukkan asam jawa garam dan serbuk perasa…biar kering….dah boleh diangkat…Selamat mencuba…


2 comments:

Mamasya said...

Anak2 suka mkn karipap tp mamanya malas tul nak buat.itulah bila beli kdg2 ada yg keras kulitnya.... garing sgt..inti pedas.
re;itulah pa suka tul nak nolong...tak bagi dia bising.

Hafizah Mohamad said...

he he he betullah mamasya...fiza pun kalau nak wat keja minta pa2 ni main kat atas...senang...karipap ni first time fiza buat...x sangka pulak menjadi kulitnye...fiza ni penggemar karipap inti sardin...he he he