Rakan2 Yang Dihargai...

Sunday, April 17, 2011

Ayam Masak Merah


Hari ni fiza nak share satu resepi yang agak mudah dan sedap…Ayam masak merah….boleh dimakan dgn nasi tomato @ nasi minyak @ nasi mandy @ nasi putih pun boleh...he he he...simple jer…so layanzzz…. 




Ayam Masak Merah

½ ekor ayam
15 tangkai cili kering **
1 biji bawang besar **
4 ulas bawang putih**
1 inci halia**
1 biji tomato di potong dadu
4 sudu makan tomato puri
1 sudu the garam
2 sudu makan gula
I batang serai
I biji cili hidup
130ml santan boleh juga diganti dengan susu cair
Minyak untuk memasak
Sedikit garam
Sedikit kunyit serbuk


Gaulkan ayam bersama garam dan kunyit kemudian digoreng setengah masak…nak garing pun ok juga ikut citarasa sendiri
Kisar bahan2 yang bertanda** hingga halus
Tumiskan bahan 2 yang dikisar tadi
Masukkan garam ,gula , tomato puri,tomato dan serai
Biarkan agak2 kering sedikit kemudian masukkan pula santan biar cabai betul2 masak  kemudian masukkan ayam … masak lebih kurang 5 minit…akhir sekali baru masukkan cili hidup…boleh tutup api…dan sedia untuk dihidangkan


4 comments:

L@dyKichiMachiko said...

sangat nangiss la menu ni sis...lurve it!
review komen...

http://bittersweetlurvelife.blogspot.com/2011/04/my-lunch-set.html

Far8 budak baik said...

ngam sgt..dah ar lapa ni hahahaha

Farah Shamsudin said...

sedapnya fiza.. ayam masak merah tu.. aww! tengah pagi ni cam nak je.

Hafizah Mohamad said...

L@dyKichiMachiko...he he he nangis dik sedia tisu banyak2 makan ayam masak merah ni...(^^,)

Far8 budak baik....jom makan jom...

Farah...ayam ni kena pulak ngan nasi tomato terangkat u...he he he