Kelmarin kawan opis husband order kek pisang…pagi tadi fiza pun siap2kan ramuan nak buat kek pisang….Alhamdulillah selesai…dah habih buat kek masak la pulak…hari ni menu utama ialah nasi tomato dengan ayam masak merah dan acar timun…hurmmm…buat jer la dah ada orang nak makan…so layanzzz….
Acar timun ni mcm acara wajib bagi fiza...sedap...fiza n anak2 suka sgt...
Jom salin resepi plak…
Bahan-bahan nasi tomato =)
3 cawan beras basmathi
4 biji bawang merah **
3 ulas bawang putih**
1 inci halia**
1 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Kulit kayu manis
1 kiub ayam
2 helai daun pandan
2 ½ sudu makan tomato puri
2 cawan santan
Secubit garam
Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara memasak :
Kisar bahan2 yang bertanda ** hingga halus…tumiskan bunga lawang,bunga cengkih,,kulit kayu manis dan bahan yang dikisar tadi hingga naik bau…kemudian masukkan tomato puri dan kiub ayam…biarkan sekejap…kemudian tutup api…basuh beras dan toskan…masukkan bahan tumisan tadi bersama-sama santan ke dalam beras…masukkan dalam rice cooker dan masak….siap…
2 comments:
aLahaiiii sedapnyeee.. dah lama tak buat.. sok nak buat laa.. hehehee
buat ana jgn x buat...he he he
tapi ana masak apa pun semuanya sedap...:D
Post a Comment