Rakan2 Yang Dihargai...

Friday, April 15, 2011

Sticky Caramel Chicken


Kali ni Fiza masak  Sticky Caramel Chicken untuk makan t/hari…x tau dah nak masak apa (x de chicken wings)...jenguk blog Mamasya terpampang resepi Sticky Caramel Chicken Wings so ayam ada semua bahan2 pun ada…hurmmm…try la apa lagi…tapi resepi ni Fiza olah sikit ikut mulut yang nak makan...minta ampun ya TUAN PUNYA RESEPI...dah menderhaka la pulak...he he he...so layanzzz


Tu dia Sticky Caramel Chicken...ala2 fiza gitu...




Ampun Mutiarazura dari MyResipi...dah menderhaka sikit dekat ramuan2nya....  

 

Jom semak resepi…
Sumber : dapur-mamasya
Sumber asal : Mutiarazura;MyResepi

Sticky Caramel Chicken

Bahan-bahan =)

  • ½ ekor ayam
  • 3 sudu besar minyak masak 
  • 5 ulas bawang putih**
  • 1 inci halia **
  • 2 sudu makan black papper sos
  • 1 ½ sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar sos ikan - letak 1 1/2 sb (sos ikan dah masin tak payah letak garam)-tak da ganti garam je
  •  1 sudu besar kicap - letak 2 sb
  •  1 sudu besar sos cili
  •  1/4 cawan (60ml) madu

Cara-cara =)
  • Tumbuk hingga halus bahan2 bertanda**.ikut resepi asal suruh ketuk ja…tapi fiza suka bila bawang tu bercampur sekali…
  • Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia, serbuk lada hitam dan ayam, kacau dan goreng selama 5 minit.
  • Masukkan semua sos ,madu dan kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua ayam masak dan bersalut dengan sos.
  • NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit kalau sampai sos kering. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada ayam ia akan jadi melekit,boleh dihidangkan.Selamat Mencuba…