Rakan2 Yang Dihargai...

Wednesday, April 13, 2011

Ikan Temenung ???


Tengahari ni menu utama fiza ialah gulai ikan temenung dengan timun…cicah pulak dengan sambal belacan ulam jering…kah kah kah..sedap oooo….bersama dengan ikan goreng….hari ni semua berasaskan ikan….so layanzzz….


 Ikan x de kepala…he he he



Sambal belacan tempoyak....dengan jering...walla...


Resepi untuk gulai ikan temenung a.k.a kembung

Bahan-bahan =)

7 ekor ikan
2 biji timun
2 sudu makan rempah kari ikan FAIZA
1 sudu makan rempah kari daging FAIZA
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu the halba campur
1 ½  cawan santan
5 biji bawang merah**
4 ulas bawang putih**
½  cawan air
Minyak untuk menumis

Cara-cara memasak =)

Campurkan rempah kari  ikan, daging dan serbuk kari bersama dengan ½ cawan air ketepikan….tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga lumat…separuh dari bawang tu campurkan dengan rempah kari tadi separuh lagi untuk ditumis….masukkan sedikit minyak tumis halba campur bersama – sama bawang yang di tumbuk tadi…biar kekuningan  dan masukkan rempah tadi…biar seketika hingga pecah minyak…kemudian baru masukkan santan…biar sekejap baru masukkan timun…bila mendidih  masukkan pulak ikan…kalau masuk awal2 takut ikan tu hancur…so masukkan dekat2 mendidih….sesetengah orang letakkan cabai hidup…cili yang besar tu…he he he…tapi fiza x letak…masak dalam 15 minit baru tutup api…dah sedia untuk di makan…walla


2 comments:

Liza @ Adzriel AB said...

meleleh le di padan dgn sambal

Hafizah Mohamad said...

kena sediakan tisu banyak2 kak Liza...mmg meleleh...he he he...