Rakan2 Yang Dihargai...

Tuesday, April 12, 2011

Nasi Mandyku Menjadi…

Malam ni menu dia spesel sikit…NASI MANDY…hurm kalau nak buat nasi ni kena mandi sekali dgn nasi…huahuahua…tanduk 2 naik atas kepala…he he he…lawak saja…x de la nasi ni fiza jumpa kat blog Mamasya…Mamasya ambik resepi ni kat Blog Resepi Raidah…nampak cam sedap ja….hari sabtu lepas minta En. Hubby gi beli bahan2 dia…ingat nak buat hari ahad tapi sabtu tu gi pasar malam terjumpa jering lak…ha ha ha…jgn tak tau fiza ni kalau jering ka…petai ka…mmg hantu….sedap…cicah plak ngan sambal belacan wallaa…hurmmm…sambung balik…dah x jadi hari ahad sambung plak hari isnin…pagi tadi x sempat sbb bawa anak pi spital follow up… balik tu baru kelam kabut buat rempah KABSA….mmg sedap bau rempah ni…cuba buat…sedappp…kalau nak resepi NASI MANDY Mamsya boleh terjah blog Mamasya k….nak rempah KABSA boleh jenguk Blog Resepi Raidah so layanzzz…



Nasi mandi…lebih kurang cam nasi beriani ja…



Ayam sebelum di bakar…perap kejap…lupa nak pesan kat en.abg jgn potong2 ayam tu...kalau ikut resepi bako seko2...hurmm...layan jer la....




Ayam sesudah di bakar…





Pekena lak ngan acar timun walla...




Yang ni pulak sosnyer ya....




Guna salad sebagai ulaman...salad ni sebenaqnya nak buat sandwish tp x jadi buat...so jadi ler ulam...wakakaka....



Rempah KABSA...x de bekas...fiza letak la dlm plastik...he he he


Jom Belek-belek Resepi....

Sumber resepi : Dapur Mamasya
Resepi asal : Resepi Raidah 



Nasi Mandy Abu Dhabi…
Bahan-bahan Untuk Nasi:


  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi ~ Fiza guna mentega
  • 4 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning
  • Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.


Ayam Bakar...
Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil
serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.


Bahan-bahan Sos:


  • 1 biji tomato ~ hiris
  • 5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
  • 1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
  • Garam
  • Gula
  • Perahan lemon.(fiza guna limau kasturi)

Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air kasturi, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur. (fiza bg lumat…he he he)

Bahan-bahan Acar:


  • 2 biji timun
  • 1 biji tomato
  • 1 labu bawang besar
  • 1 sudu makan gula 
  • secubit garam
  • sedikit sos cili


Cara penyediaan:

Timun,tomato dan bawang dihiris nipis...masukkan garam,gula dan soso cili gaul rata....dah siap...








2 comments:

Ainn Hazwany said...

wahhhhh. sedapnyaaaa . lapar pulakkk !;)

Liza @ Adzriel AB said...

memang sedap. buat terliur je.