Rakan2 Yang Dihargai...

Thursday, April 28, 2011

Laksa Kedah Lunch t/hari


Cemuih dah asyik dok makan nasik ja…siang malam nasik…pagi nasik lemak *beli….t/hari pun nasik…malam pun nasik…rasa cam x mau nak makan nasik la pulak hari ni….tadi pagi husband pegi market beli ikan…murah sungguh ikan kembung a.k.a ikan temenung tu….sekilo baru singgit….sekarang ni byk la pulak ikan murah2…ikan segar2 lagi…hurm…so layanzzz


Laksa kedah...Fiza guna laksa bihun...kecik2 sedap...he he he



Daun2 nak letak dalam laksa....


Jom kita semak resepi....

Bahan-bahan untuk laksa =)


1 bungkus laksa
1 kilo ikan kembung
5 biji bawang besar
15 tangkai cili kering
10 biji cili padi
4 batang bunga kantan
4 keping asam gelugur
Garam
Serbuk perasa
Daun kesom a.k.a daun laksa
I biji timun
Daun pudina
Daun salad

Cara-cara =) 

Rendam laksa 20 minit kemudian toskan airnya dan rebus hingga lembut…ikan direbus  kemudian angkat dan asingkan isi dan tulang…kisar isi ikan hingga halus…ketepikan…kemudian kisarkan bawang besar,cili kering,cili padi dan 2 batang bunga kantan…satukan isi ikan dan bahan2 kisar tadi dan masak atas api hingga mendidih…kemudian masukkan daun kesom,garam,asam keping dan serbuk perasa…masak lagi lebih kurang 15 minit hingga mendidih dan boleh di
angkat… hidangkan bersama timun,bunga kantan,bawang besar yang di potong,daun pudina dan daun salad….

2 comments:

YANA SHAIFUL said...

bestnya laksa kedah..dah lama bersabar nak makan..maklum lah still pantang g..2 bln g br bleh mkn..xsabar dah nk mkn byk2..setahun tak mkn laksa niii..:-)

aqishah said...

sedapnya... mak sy org kedah selalu buat laksa.. huhuhuuu