Rakan2 Yang Dihargai...

Thursday, April 28, 2011

Arwah Tok


Malam ni x tau pasai apa teringat sangat2 dekat arwah tok…rasa nyesal lah dulu masa arwah dok ada x rajin sangat nak jenguk dia…bila dah x dak baru teringat…arwah tok fiza ni seorang yang kuat…suka bersedekah…rajin mengaji…dia duduk kat pondok Air Itam…dulu dia selalu pi nat ( Pasar Pagi setiap Jumaat kat Kg.)boleh dia jalan kaki dari rumah dia di Binjal ke Asun…jauh juga la…pastu singgah jap kat rumah mak fiza…fiza kalau pi jenguk dia mesti la dia sedekah kat anak2 fiza kalau x banyak pun sorang 5 hengget…malam ni rindu gila kat arwah tok…semoga arwah tok ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman…Al-Fatihah buat Hajjah Gon Bt. Hj Perang….



Masa ni arwah sihat dan kuat lagi (2008)…dia baru balik dari Nat Asun (pasar pagi)



Raya 2010...dengan mak teh...



Sebelum pegi umrah 9 March 2011...masa ni tok x berapa nak kuat dah...cu tengah mengurut arwah...




Wajah tok tetap tenang....


Tok dengan anak2 perempuan dia...yang tengah tu mak fiza...



Selepas balik dari umrah 21 March 2011...arwah tok dah x bermaya....


Selepas balik dari mengerjakan umrah tok dimasukkan ke Kedah medical Centre (KMC) pada 24 March 2011...arwah dimasukkan ke wad ICU kerana masalah pernafasan...pada 27 March 2011 arwah dipanggil Ilahi...sedih sgt waktu tu...x ada apa yang fiza boleh hadiah kat tok melainkan Al-fatihah...


2 comments:

~abahsofea~ said...

Al Fatihah untuk arwah tok fiza

binjai ke asun tu jauh jugak..kuatnya atk berjalan dulu..moga tenang di 'sana'

Hafizah Mohamad said...

InsyaAllah abahsofea..terima kasih...