Rakan2 Yang Dihargai...

Monday, May 16, 2011

Makaroni Goreng Pedas

Menu untuk malam ni Makaroni Goreng Pedas….fiza sebenaqnya x berapa suka sgt jenis2 makaroni pasta atau yang seangkatan dengannya…anak dare fiza yang sulong tu suka sangat nak makan…so buatkan la bagi dia makan…dia makan bertambah2 dengan si adik…tapi husband fiza cuma makan sepinggan ja…dia pun x berapa gemo sgt…mungkin nak jaga hati fiza kot sbb tu dia makan juga…ha ha ha…so layanzzz….


Resepi ni Fiza jumpa dekat MyResepi…Resepi Che Mat Gebu….nak tgk resepi asal boleh rujuk di sini k….jom kita share resepi…



Bahan-bahan =)


  • 250 g makaroni, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn 1 camca teh minyak zaitun/jagung/minyak masak 
  • 100 gm daging kisar

  • 1/2 biji capsicum hijau, didadu
  • 1/2 biji capsicum merah, didadu
  • 1/2 biji capsicum kuning, didadu
  • 4 batang sosej
  • 1 camca besar sos tomato
  • 1 camca besar sos tiram
  • Kicap cair secukupnya

BAHAN2 DIKISAR HALUS :- )

  • 7-8 tangkai cili kering, potong, rendam dalam air panas 5 minit dan toskan
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 camca besar udang kering
Cara-cara=)

Tumis bahan2 kisar hingga garing dan terbit minyak. Masukkan isi udang dan juga sosej, kacau rata. Masukkan sos tomato dan sos tiram, tuang sedikit air (1/2 cawan) dan biar mendidih pada api perlahan.Masukkan daging kisar dan semua bahan didadu. Kacau rata dan masukkan makaroni tadi. Perlahan kan api, gaul makaroni hingga bergaul mesra dgn bahan2 lain. Perasakan dgn kicap cair, gaul rata. Angkat dan hidangkan

5 comments:

Farah Shamsudin said...

sedapnya.. farah suka macaroni nii.. tapi en hubby pulak tak sukaa.. kalau buat pn, confirm die tak makan..

نورفايزه مادارو said...

Assalamualaikum, nmpak menarik....nk cuba2x

Hafizah Mohamad said...

Waalaikumusalam dik...cuba jgn x cuba...(^^,)

cik cek said...

Emmm...Salam Fiza...

dtg jenjalan kat sini memalam ni...
macaroni...kak cek pun tak berapa gemo tapi suka tgk bila org masak menu cam gini ...teingin nak buat gak...cuma dok pikir balik...sape pulak yg nak makan...aduhai!....

Hafizah Mohamad said...

Betul tu kak cik cek...kalau ikut Fiza mmg fiza x kan buat makaroni nih...tapi mmandangkan anak dare fiza suka sgt makan tu yang buat untuk dia tu...anak dare fiza yang sulong tu western sikit....kalau makanan western ni dia suka sgt....=)