Rakan2 Yang Dihargai...

Monday, May 9, 2011

Puding Roti


Kali ni Fiza nak share satu resepi puding…hari tu tgk Yana buat puding roti untuk berbuka…nampak sedap sgt…rasa cam nak makan ja…so kali ni Fiza try buat…alhamdulillah menjadi juga puding roti…fiza malas nak taip panjang fiza Cuma kopi paste saja…boleh kan Yana…he he he...tima kasih kepada yang sudi berkongsi resepi...=)…so layanzzz…


Puding Roti  



Agar - agar Roti
Sumber : Yana

Bahan :
·                     20 gram agar2 bertali @ sepeket serbuk agar2  - 10 gram
·                     6 cawan air 
·                     gula pasir - ikut manis
·                     1 tin susu cair
·                     6 keping roti 
·                     1 biji telur
·                     3 jenis pewarna (ikut suka)
·                     1 sudu teh esen vanila 




CARA NAK BUAT :-)

1.           Roti ,susu cair dan telur disatukan, apabila roti kembang, blender hingga halus.
2.           Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 6 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.
3.           Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan hingga mendidih sikit dan terus tutup api.
4.           Bahagikan ke-3 bahagian dengan tiap2 bahagian dibahagi sama banyak dan masukkan warna tiap2 bahagian tu dan kacau rata.
5.           Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis ( sekali tuang habis 1 warna ) dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras.
6.           Sejukkan didalam peti sebelum dipotong.

3 comments:

Farah Shamsudin said...

memang best la puding.. nanti nak try ikut resepi ni pulak lah..

YANA SHAIFUL said...

waahh..mcm2 bntk ada..bestnya perisa coklat ke tuu..heheee

Hafizah Mohamad said...

Farah Shamsudin cuba jgn x cuba...=)
Yana...Ha'ah mmg coklat + pandan + setoberi + oren...ha ha ha mcm2 rasa ada....=)