Rakan2 Yang Dihargai...

Thursday, September 20, 2012

BUAT PENGGEMAR PANADOL



UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor itu memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

 
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Malah ada yg pernah mencuba kaedah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala kita.Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada kita.Malah kita perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.



 
 Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, kita akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan kita akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika kita terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup kita, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang mereka alami dan mereka memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah kita sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan kita. Fikir dulu sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut kita.

13 comments:

LinRosly said...
This comment has been removed by the author.
LinRosly said...

Assalamualaikum Fiza :D
Dulu Kak Lin selalu sakit kepala, Panadollah ubatnya tapi semenjak Kak Lin kena demam denggi dan dimasukkan ke hospital, Sakit kepala Kak Lin dah baik semenjak tu Kak Lin tak ambil panadol.

Bila baca cerita ni mmg Kak Lin tak akan ambillah jawabnya..

Mamasya said...

Aslmkum Fiza. kalau sakit kepala...demam ke terus teringatkan penadol tp kesannya mmg tak bagus....

Hafizah Mohamad said...

waalaikumussalam kak lin...fiza dulu pun masa anak dara pun selalu ambik panandol juga utk hilangkan senggugut...fiza dulu senggugut tu mmg teruk...sekarang ni lepas dah lahir anak kedua kurang dah sakit...pastu bila dah tau kesannya mmg dah x ambik dah....he he he

Hafizah Mohamad said...

waalaikumussalam MamaSya....teringat tang kesan tu yg takut tu...he he he

mama sara nur said...

assalam
tq info buat sy ni, takut pula bila tahu sblm ni panadol dibw kemana-mana mcm kawan karib dah.. rasanya tak terkira byknye yg telah akak telan..maknanya entah berpuluh tahun nk hancur..bayangkan dlm seminggu mesti telan 2,3 kali..bila migrain dtg dgn stress lg hu hu
alhamdulillah skrg x beli sb dah jarang pening atau sakit

Marsita yahya said...

Salam perkenalan, seram jugak baca ni...tapi ubat-ubat chemical ni semuanya ada kesan sampingan yang tak elok utk badan.

Hafizah Mohamad said...

sama2...sharing is caring...he he he

Hafizah Mohamad said...

Salam perkenalan juga....betoi tu...semua ubat2an ada kesan sampingannya cuma kita ja yg x tau...huhuhu

yan's cottage said...

salam kenal....
follwes ke 84
mengenai ubat 2 ni....yan memang tak pernah ambil langsung...
sebab jarang kena demam lagi kalau sakit sikit2 tu buat tak layan je.....nanti sendiri sembuh he heeee.....

Mamasya said...

Aslmkum Fizah. tkasih atas doa dan wish anniversary akk...

Hafizah Mohamad said...

salam perkenalan dan selamat datang ke rumah fiza...=)

Hafizah Mohamad said...

wa'alaikumusalam MamaSya....sama2...=)