Rakan2 Yang Dihargai...

Friday, December 28, 2012

TiPS iNDuCTioN LeBIh BerKEsaN - aTKiNS diET -



Ha, ada tips jugak tau. Penting tau buat semua ni selain dari makan apa yang boleh makan dan jangan makan apa yang tak boleh makan. Hahahaha..Pening? Memang aaaa, 2-3 hari memula tu memang pening. Tu tandanya Ketosis sedang berlaku. Tapi memula jer dalam 2-3 hari..pastu ok balik. Ok...tip-tipnya ialah :-






 1. Tak payah ler naik timbang tu hari-hari. Seminggu sekali udah ler. Dalam Atkins ni penurunan berat badan adalah no 2. Yang utama adalah bentuk badan tu. Sampai satu tahap mungkin penyusutan akan perlahan atau terhenti. Itu mungkin lemak anda sedang bertukar menjadi oto-otot yang mantoppppss...Jangan putus asa jika penyusutan slow atau terhenti. Teruskan usaha anda..hehehe






2. Tidur sekurang-kurangnya 7 jam sehari. MESTI!!! Kurang tidur bermakna kuranglah juga pembakaran lemak body tau...Tengok-tengok, tido bebanyak pun boleh kurus tau. 

3. Jangan skip SARAPAN/BREAKFAST! Jangan BERLAPAR! Sarapan itu penting. Jangan tinggal breakfast, jangan tak makan. Jangan sampai lapar. Sekali kita tak makan, sekali kita berlapar alamatnya automatik body kita kurenggg membakar lemak. bahan-bahan bakar (lemak) akan disimpan untuk dijadikan simpanan stok hari tua. Tak aaa, dia nak simpan aaa sebab ko tak bg bahan bakar baru...





4. Minum air banyakkkkkk banyakkkkkk. Dapat tak bayangkan berapa banyaknya? 8 gelas sehari atau 2-3 botol mineral besar tu sehari. Minum 3-4 gelas air masak setiap kali sebelum makan. Biar ler kita duk ulang alik toilet 180 kali pun. Yang penting minum air masak bebanyak untuk lebih lancarkan proses pembakaran tu. Untuk tingkatkan kadar metabolisme. 

5. Makan sekurang-kurangnya 3 kali sehari atau 4 kali atau 5 kali atau sukahatilah nak berapa kali janji tak lebih 20g karbohidrat sehari. Makan dalam kuantiti kecil. Jangan TAK MAKAN TAU!!!...

6. Untuk menambahkan perisa makanan supaya tidak boring, boleh gunakan minyak zaitun, minyak conola, minyak bunga matahari ke apa sajalah...Kalau nak grill ker, letaklah minyak tu sesikit kasi sedap....nak goreng pun boleh...Minyak-minyak ni tak de karbohidrat...so, jangan takut-takut aaaaa.....Yang penting kita enjoyyyyy!!!!

7. Pastikan anda patuh dengan kuota 20g karbohidrat setiap hari tu. Tapi kalau kira-kira tu janganlah ngam-ngam plak. Lebih baik kurangkan pengambilan sehingga 15g saja. Lagi 5 tu simpan untuk karbohidrat tersembunyi yang kita tak sedar kita dah ambil sekali. Contohnya, dalam kuah, bahan perasa, rempah-rempah dll. Jadi hati-hati dengan kuah atau sos atau gravy.





8. Sebolehnya elakkan minuman manis yang menipu ni. Macam Pepsi Max dan Diet Coke ni. Canteknya nombor 0 tu berderet kat dalam nutrisi bar tu. Carb pon 0 kan. Tapi bila minum manis. Asalkan rasa manis jer, body dah dapat detect tau. (tak kan kita nak tipu lidah kita sendiri). Boleh merajuk ketosis dibuatnya. jadi hati-hatilah. Kalau dah teringin sgt bolehlah minum barang seteguk dua..Bukannya setin dua tau!!!


9. Rerajinlah membaca Kandungan Nutrisi dalam makanan kalau gi shopping. Duduklah berjam-jam depan peti ais tu pun tak per. Asalkan korang faham dan beli serta makan makanan yang betul jer. Seboleh-bolehnya cari makanan yang kandungan carb dia >3g/serving. Lagi rendah lagi bagus. Bolehlah makan bebanyak kan.

Ok ok...dapat tak? Selamat Berdiet Ekk..

Happy Diet Everyone..dan maklumat2 yg fiza kopi pes ni fiza ambik kat blog ni....terima kasih buat Aikido@MushroomCute@Mariea


2 comments:

Unknown said...

Mush datang ni...heheheh..Happy Diet !!!

Hafizah Mohamad said...

thanks Mush...sbb Mush la semangat nak berdiet ni berkobar2...he he he