Rakan2 Yang Dihargai...

Wednesday, June 1, 2011

Butir Biji Nangka Embun ♥ Kaseh ♥ Tercinta



Alhamdulillah kenyang…he he he…baru jer lepas makan bubur butir nangka…sedap…rasa dia kenyal2…fiza suka….ni kalau ada inti kat dlm lagi best kot…tapi tak letak pun sbb fiza ikut resepi  kak Rosaliza…kalenya yang meriah…menarik lagi minat nak makan….he he he...Terima Kasih Kak Rosaliza sbb sudi share resepi yang sedap ni...kalau nak resepi asal boleh cilok dekat blog kak Rosaliza k...KLIK DISINI...so layanzzz….




BUTIR NANGKA

Bahan2 untuk membuat butir nangka :)

tepung pulut 

air + 1 sudu besar air kapur + warna hijau

Cara2nya =)

Masukkan air sedikit2 kedalam tepung pulut dan uli hingga menjadi doh ( sama untuk buat buah melaka ). Masak air dalam periuk, apa bila air mendidih ,gentel kan bulat  dan sedikit membujur masukkan terus kedalam air mendidih, apabila timbul terus diangkat dan masukkan kedalam air ( isi air sejuk ( air paip je )dalam bekas, tujuan agar biji nangka tidak melekat antara satu sama lain )
 




Bahan2 untuk Kuah =)

santan – fiza pakai agak2 jer…
2 biji gula melaka- atau secukup rasa
2 helai daun pandan
sedikit garam

masukkan bahan2 di atas kedalam periuk dan masak jgn sampai santan pecah minyak nanti x cantik….biarkan mendidih dan masukkan butir2 nangka tadi…biar kejap dah boleh dihidangkan…Selamat mencuba…=)


6 comments:

ainnoraini said...

dah buat ye butir biji nangka ni...kak ain nak buat mase hujung minggu jer...kalau hari biasa sampaikat rumah pun dah ptg...

mcm teringin jer, hari ni posa pulak tu...
berkaler2 lagi tu...mmg menarik...

fiza damia said...

salam kunjungan..silalah kunjung ke http://fizadamiaresepi.blogspot.com..i follow u....

~~zAnAfAhMi~~ said...

butir nangka ni biasanya ada kt Kelantan kan? saya pun suka kalau tak manis sgt...

Kak Rosaliza said...

Assalam fiza...cantik butir nangka kalerful lagi..sedap pulak akk tgk, rajin fiza buat warna warni

LinRosly said...

Assalamualaikum Fiza Apa Kabar? Butiran Nangka Ni Cantik Berwarna Warni...Terliur Nampaknya.

Ummi Alesya Sofea said...

Fav liza ni..klu dah hadap butir nangka ni mmg x sedar lah hbs 1 mangkuk,ngeh3..