Rakan2 Yang Dihargai...

Wednesday, June 22, 2011

Nasi Arab Berempah

N3 kali ni nak share satu resepi Nasi Arab…kelmarin fiza blogwalking satu blog ni…empunya blog bernama Nuri…tgk dia masak nasik arab…nampak cam sedap jer…bahan2 pulak semuanya fiza dah ada so apa lagi kita cuba lah…husband fiza cakap sodap…he he he…kembang setaman….tapi mmg sedap sungguh nasik ni…tapi silapnyer fiza letak lada hitam ni 1 sudu makan…pedas…tapi boleh la makan…pedas juga ler….he he he…kalau nak resepi asal boleh cilok kat SINI k....setinggi terima kasih buat dec_sc_girl....resepi yang sedap...so layanzz…




Nasi Arab mmg sodap...

Jom kita share resepi...

Sumber asal     :-  dec_sc_girl@myresipi

     Sumber kedua :-  Nuri

Bahan2  :-)
·       6 ketul ayam
·       4 ulas bwg merah
·       3 ulas bwg putih
·       1 inci halia
·       3 kuntum bunga cengkih
·       3 kuntum bunga lawang
·       1 btg kulit kayu manis
·       2 kiub ayam
·       1 sdk jintan manis
·       1 sdb lada hitam
·       1 sdk jintan putih
·       5 cwn beras basmathi
·       cawan air
·       2 sdb minyak sapi
·       1/2 biji bwg besar - di mayang
·       1/2 cawan sos tomato ~ x letak sbb sos tomato habish…
·       3 sdb rempah kurma
·       Garam dan serbuk perasa





Cara-cara :-)

1.     Bwg merah,bwg putih, halia ditumbuk kasar.Masukan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, kiub ayam, rempah kurma,air dan bhn yang ditumbuk tadi kedlm periuk. Masukan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak. 

2.     Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit. Selepas itu toskan beras.

3.     Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam. Bahan2 rempah kasar dan bwg yg terdapat dlm sup tadi dikisar secara halus. Masukkan 1 cwn cawan sup bg menggantikan air semasa mengisar. 

4.     Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yg dikisar td.Tumis sebentar dan masukan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.

 5.     Masukan beras ke dlm periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam. Kemudian masukkan (no.4) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. Bleh tabur dgn sedikit bwg goreng, daun sup dan daun bwg.Nasi ini sedap dimakan dengan acar timun.




3 comments:

Azlita Aziz said...

nampak nasi arab ni terus lapar perut akak ni... sedapnya kalau dapat rasa sepinggan.. hihi

Hafizah Mohamad said...

@AZLITA AZIZ...yang ni dah jadi baja la kak...fiza buat smlm...tapi mmg sedap ler...he he he

Unknown said...

fizah, 2-3 kali juga try masuk blog fizah tapi tak lepas ada malware...hari ni baru ok.btw sedap nengok nasi arab tu..mcm nasi daging juga tu..bilala nk rajin buat yer..hehe