Rakan2 Yang Dihargai...

Monday, March 3, 2014

AyaM MaSaK KaRi PaKiSTaN KaK AMiE...PiZZa LaGi DaN LaGi...


pizza ni fiza buat untuk dinner...resepi dah letak dlm blog...guna resepi doh Che Mat Gebu...sedappp !!!



nampak ja merah tp x pedas pun....


Assalamualaikum dan selamat malam…baru sempat nak hapdet blog ni….kali ni fiza nak share resepi dari blog kak Amie's Little Kitchen…Ayam Masak Pakistan ni fiza buat tengah hari tadi...mmg sedap sgt…asben ngan anak2 punya la makan…sedap katanya….selalunya anak2 fiza ni kalau masak lain sikit payah sgt nak jamah…kali ni suka pulak…bertambah2 pulak makannya…..he he he…oklah meh kita tgk resepi dia…terima kasih kak Salami Simon dr Amie's Little Kitchen....t.kasih juga buat kak Maria Hakem rakan FB...sbb import jauh bebenor resepi tu...dr Cardiff...he he he...

Ayam Masak Kari Pakistan

Resepi:fiza-sham.blogspot.com
Sumber :Amie's Little Kitchen/ Kak Maria Hakem

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - potong ikut suka
4 biji bawang besar - cincang
4 biji tomato merah - cincang
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 cawan air
garam
1/2 cawan minyak
garam masala - jika suka (tak bubuh pun tidak apa - fiza x letak sbb x de)
hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan (x letak)

Cara2 :-)

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!)
5. Masukkan ayam dan gaul rata. 
6. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan garam (Amie tambah sedikit serbuk pati ayam).
7. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
8. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar. (x letak)




4 comments:

mama sara nur @ Cik Nor said...

Assalam Fiza
Lama x muncul ni tup tup keluar menu best
Pizza akak pun lama x wat, beli ada la he hee
Tp kalu wat sendiri puashati kan blh mkn banyak

Unknown said...

salam kak..
lamanya menyepi..zee dok godek2 sini tak nampak bayang pon..hihihi
selera nampak pizza tu..

Mel said...

assalam. kak fiza bagi idea nak masak ayam ni.. boleh cuba lain kali ni..macam sedap je..

Yana Shaiful said...

Salam Kak Fiza cayangg..dh lama xsinggah sini..
Yana dh lama xbt piza sndiri..asyik cll je klu rs nk mkn hihii..
kari ayam pakistan tu mmg sedap kan kak..yana dh 2 3 kali gak buat ^_^